Skip to main content

entry orang bujang..

 Tak ada idea nk tulis sebenarnye.. sbb tgh serabut pasal nk kenduri.. Sebelum tak dapat on9..
(rumah dh mcm kapal belayar, jadi laptop pun tah ke mana.. kat opis je laa dapat merepek..)
 Tiba-tiba teringat, aku ade terbaca ayat ni (tp tak ingat di mana..)
 
"Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami ialah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga. Tiada siapapun boleh menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri.
Satu kurniaan Allah yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga
serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup
keluarganya di dunia dan di akhirat serta suami wajib memberi nafkah kepada
isteri dan anak-anaknya"

Akan bermulalah hidup aku sebagai seorang isteri kepada seorang suami. Tak tahu bagaimana keadaanya.. Yang pasti, semoga kami akan bersama-sama melayari perkongsian hidup dibawah keredhaanNya..


*Tinggal beberapa jam saja lagi untuk aku ditabalkan menjadi seorang isteri.. *
(naik pangkat paling besar dalam hidup aku...)



Comments

  1. Minta maaf, Kak Jie tak dapat datang, nak balik kampung juga ada kenduri.

    Selamat Pengantin Baru... moga dilindungi Allah sepanjang hayat kamu berdua.

    Terimalah pilihan kita sebagai pasangan yang terbaik. Tak perlu lagi merasa was-was dan menyangka ada orang lain yang lebih baik darinya. Selepas diijap kabul, relakan diri untuk tumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang menjadi milik kita. Tak perlu berangan-angan sesuatu yang di luar jangkauan.

    ReplyDelete
  2. Luahan perasaan yang ikhlas dari lubuk hati nampak.. tahniah slmt pengantin baru

    ReplyDelete
  3. @Kujie terima kasih kak jie.. InsyaAllah..saye akan jadikan panduan.. have a safe trip.. semoga kak jie sentiasa gembira dan bahagia disamping anak-anak..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu

Tiada Lagi

08.12.2014 - 08.05.2015 Genap 5 bulan pemergian atok yang disayangi. Hingga kini, aku masih terasa kehilangan atok. Di sudut katil, masih tercari-cari bayang atok berbaring menanti anak cucu pulang balik ke kampung. Masih terngiang-ngiang dia riuh memanggil anak cucu. Sedari kecil kami anak cucu dibesarkan dengan kasih sayang atok. Walaupun dia 'garang', tapi atok tetap manjakan anak cucu dia. Nak apa, minta saja, pasti dia tunaikan. Kaki tua yang sering bengkak, tetap diteruskan mengayuh basikal ke Pekan Semenyih semata mencari apa yang kami mahu. Asal anak cucu gembira dan tetap di depan mata. Ya, hingga ke saat ini, anak cucu atok rindukan atok. Semoga atok ditempatkan dikalangan insan-insan yang beramal soleh. Alfatihah untuk allahyarham Sulaiman Bin Deli.

0ffiallly engaged..♥‿♥

~aku bahagia~ ♥‿♥ aku gembira.. ♥‿♥ gadis manis yg manja ♥‿♥  dari kekasih kepada kekasih ~Norezuwan ♥♥ Yusmalaily~