Skip to main content

aktiviti baru suami isteri

Sejak berkahwin dan mempunyai suami, selain rutian kerja harian berubah, rutin hari minggu juga berubah. Sewaktu bertunang, rajin aku ke Sentul pada hari Ahad. Berdating ke rumah bakal mertua. (Orang kata tak elok..x manis, tapi aku dating depan mak ayah (mertua)..hehehe..selamat kan...) 

Memandangkan 5 hari bekerja kami duduk di Kajang, jadi hari minggu adalah hari pulang ke rumah encik suami di Sentul  (ala-ala balik kg..tp kgnye kat KL..selamat duet tol.. jimat-jimat... layan tol Rm0.90 dan tol RM 1.00 je kat Cheras sana..hahaha..)

Sabtu dan Ahad aku akan duduk di rumah mertua. Cuba untuk merajinkan diri, tapi mama aku lagi pantas waktu di dapur.. (nak mintak skill nih..) aku masih lagi terkial-kial nak sesuaikan diri.. nak buat macamane, tulaa akibat kalau terlebih 'rajin' kat rumah sendiri.. hehehe... encik suami? kalau dah balik rumah die ape lagi, dari pagi bawak ke malam die layan motor die.. (nak siapkan motor utk MSS 2011) Sanggup x makan, x minum demi moto tercinta.. Huh, nasib laa aku ade adik ipar yg sekepala ngan aku layan TV..xlah bosan sgt tunggu die habiskan me 'modi' motor die.. 

Malam minggu adalah malam melepak.. Terjebak same melepakkan diri ke Gombak.. Hahaha, yang ni aku suke sbb boleh jalan-jalan skali kat Danau Kota. Bukan ade ape pun, tapi aku suke jalan-jalan tgk barang.  Kalau ade yang berkenan tanpa segan silu aku akan gesel-gesel manja encik suami. Dengan senang hati dia belikan ape yang aku nak. Hehehe, ala, barang yang aku nak paling mahal pun RM5 je.. Abih-abih pun aku pow die asam kat kedai asam yang jual borong tu. Hehehehe...

Ape pun aku sayang sgt dengan encik suami. Dia tak pernah hampakan permintaan aku. Masa sebelum kahwin die janji, ke mana dia pergi die mesti bawa aku..sbb die taw aku kaki berjalan.. Kalau tak bawak, tgk laa muncung aku tu sampai die bawak..hahaha!!

Ape pun, aku terlalu bahagia sepanjang perkahwinan aku dan encik suami. Tak ada yang dapat aku gambarkan lagi selain bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana pertemukan aku dan encik suami. 
I love you so much Norezuwan Bin Noordin

*hari ni hari khamis.. malam jumaat.. besok jumaat malam sabtu, ade TTS mee bandung kajang.. nak ajak encik suami laa.. eh, malam-malam ade lagi ke mee bandung ehh..*



Comments

  1. hehehe...terkial-kial erk. memang tak terkejar kepantasannya.

    ReplyDelete
  2. bestnye dah ade peneman hidup.. ;)

    ReplyDelete
  3. @miszahuhuhu..tulaa, pantas cepat dan cekap mama buat keje.. x terkejar kite.. taw2 mama dh siap buat.. hihihi... tkg makan aje laa jawabnye...

    ReplyDelete
  4. @zu best kak zu... hehehe...sakit png die sntiasa ade di sebelah... =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Pennzoil - Ride It Right Putrajaya

 29/05/2011 Pennzoil Shah Alam telah mengadakan Konvoi Ride It Right sempena Cubprix 2011 di Putrajaya. En. suami dah mencari beberapa name untuk join aktiviti ni. Dalam 40 buah motor telah terlibat dalam konvoi anjuran Pennzoil ini. Bagi SBRC yang dh lame menceburi aktiviti konvoi ni tiada masalah. Untuk yang baru menyertainya, mereka amat teruja!!. Can see on their face.. hehehe..  En. suami ditugaskan sebagai 'marshal'. Oh my, We will be leading this convoy!! Sure, I', so excited. They also!! Tak banyak gambar yang dapat aku klik. Sbb utama ialah keselamatan aku dan encik suami serta mereka yang dibelakang.  Takkan aku suka-suka nak lepaskan tangan untuk klik sana sini. Biar mereka yang mahir melakukannya. Hehehe.. lg pun photo banyak di klik oleh bro Ruzzm Belang. Nice shoot bro!! berkumpul sebelum bertolak.. MILO dulu!! berkonvoi menuju destinasi.. mencari parking.. baru sampai.. panas woo!! nice bike.. dream for riding this bikes.. souve...