Skip to main content

Kejadian yang tak disangka-sangka...

Untuk kesekian kalinya aku rase macam-macam perasaan.. Sungguh, aku tak pernah rasakan sebegini dasyat perasaan yang aku lalui..Nak rasa sedih, seram, takut dan rasa nak gelak guling-guling...

Ni kes tgk wayang tp sampai terpaksa lari keluar dari wayang... Mesti tak ade sape-sape pernah buat mcm tu... Hahaha...Bkn pasal kene halau..tapi pasal rasa ketakutan tahap melampau yang membuatkan kes ni berlaku... Tak silap aku dalam tahun 2008 kot kes ni jadi. Pagi tu, aku tak ada hati nak pg keje, jadi aku kontek kawan aku, Ecah  dan ajak die g meronggeng. Ecah pun termakan racun tikus belaan aku dan die pun telah sama memontengkan kelas diploma die untuk sama-sama menjebakkan diri dalam rancangan juta-juta aku. Hahaha... rancangan juta-juta ye... 

Macam biasa lokasi ronggeng dekat The Mines Shopping Fair Seri Kembangan..Ala kat Serdang tu. Waktu menunjukkan pukul 9.00 pagi..(Apekehal buang tebiatnye meronggeng tgh pagi bute org semua pegi keje kitorg buat peel tak berfaedah ni?? Adik-adik sila jgn ikut perbuatan akak-akak yang tengah biol ni.). 

Tengah jalan-jalan aku ternampak iklan kat level Wayang pasal cite hantu. Feveret ni... rugi kalau tak tengok.. Aku tengok pada screen customer seat dah ade 2 seat yang telah dibeli. Ok, jadi kami orang yg ke 3-4. Masih awal lagi. Mungkin ade orang akan join tgk movie ni jgk..(fikir aku la..) Lepas berjaya pujuk Ecah supaya menceburi minat aku yang satu ni, kami berjaya membeli dua keping tiket wayang demi membuang masa yang ada untuk hari ini..

Bila sampai time kami pun masukla dalam bilik yang disediakan dan aku tgk hanya kami berdua. Ok x ape, karang orang lain masuklaa.. Mungkin ade yang beli popcorn atau ke tandas. Tapi sampai sudah, x ada sesiapa pun yang masuk. Aku pandang Ecah dan pandang aku. Hokay!! Sekarang aku rasa macam peluh-peluh kat dahi walopon aku duduk dalam ekon yang berhawa sejuk tahap kutub utara.. Smpai iklan dh habis masih tak ada sesiapa yang masuk. 


Bila movie start aku genggam tangan Ecah. Aku tgk Ecah dah siap selubung dengan Shawl yang dia bawak dari rumah. Screen hitam bercahaya dalam kegelapan dan tiba-tiba hantunya keluar. Aku terus tutup mata dan dengan tangan yang menggigil aku masuk jugak dalam Shawl Ecah. Aku bisik kat Ecah, "Cha, aku rasa macam tak sedap hati la.. aku nak balik.." Ecah cakap die pun same.. Bila aku tgk kiri kanan gelap aje.. Hanya bunyi movie yang menyeramkan dari screen yang terpapar. 

Dengan pantas aku dan Ecah bangun dari kerusi menuju ke pintu masuk bilik wayang. Skali aku terperanjat bila aku bertembung dengan pekerja wayang tu. Buda tu pelik kenapa aku dan Ecah muke pucat lesi. Aku terus terang cakap yang kitorg takut. Budak tu kata tak apa kak, saya bukakkan lampu. Lega!! Jadi kami duduk semula.. Tapi bila waktu scene hantu tu keluar aku dan Ecah tak boleh nak handle lagi. Kami (menjerit/memekik/menggeletar/menangis) pilihlah mana jawapan yang sesuai dan dengan sederas angin aku dan Ecah meluru keluar dari panggung wayang tu. Aku terus rempuh budak-budak yang jaga tiket. 

"Akak!!"
Budak tu jerit, "mana boleh tinggalkan wayang" 
Dengan selambe aku jerit, "akak tak nk tgk..akak takut!!" dan kami terus berlari meninggalkan mereka..

Movie yang aku tengok tajuknya TIREN mati kemaren... seriyes, ni la satu-satunya cerita hantu yang aku tengok sampai lari keluar dari wayang... 

 

 *ade iklan cite ni akan kuar kat Astro Prima mlm Sabtu nanti.. patut ke aku repeat tgk cite ni?? Patut ke??*


Comments

Popular posts from this blog

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Makan-makan Sedap

Sabtu lepas mama dan ayah mertua buat makan-makan. Jamu saudara mara yang bergotong-royong waktu majlis sambut menantu di Sentul tempohari. Mama buat satay..Terbaik dari Sentul... Sedap sangat-sangat!! Tq to mama dan ayah.. Satay Sentul.. pengipas satay dari Sentul.. hihihi... nak menggedik jugak.. hahaha!! sambil tu celebrate birthday girl anak kepada sepupu encik suami... *dari pagi bawak ke malam melantak aje kejenye.. mama masak sedap sgt..hehehe...dah berapa berat aku naik ehh..*

Bahagia Hingga ke Syurga Sayang

Tak sabar rasanya nak berhari minggu. Besok dah Jumaat. sabtu ada jemputan majlis perkahwinan sahabat blogger iaitu memoriesintuition   merangkap sahabat baik aku dari sekolah (dari tingkatan 4, kolej hingga sekarang) Tak sabar rasanya nak tengok dia naik pelamin. Teruja sangat-sangat. Masa dia bertunang aku tak dapat nak join sebab aku tengah mabuk kepayang . Jadi bila tiba waktu kenduri kawen aku dah siap-siap cakap dengan en suami yang aku tak sabar nak pergi Serendah. Jadi dia balik kerja shift malam pagi Sabtu tu biar dia tido siap-siap nanti aku yang akan drive die ke sana. Hehehe.. Untuk sahabat aku, Nurrul Iman yang aku sayang, doa aku untuk kau tak akan pernah putus. Kaulah sahabat, kawan dan teman waktu susah senang kita.Tak akan aku lupa, kau sentiasa ada waktu aku memerlukan. Tak kira apa saja yang berlaku, kau tetap disisi aku bg peransang dan semangat saat aku jatuh, pimpin aku berdiri dan harungi arus deras yang pernah cuba nak tenggelamkan aku. Semoga kau tak a...