Skip to main content

Selamat Menjalani Pembedahan


Pukul 12.00 tengahari (Selasa) aku rasa perut yang cramp sejak kelmarin semakin menyucuk-nyucuk. Ahh!! Gastri menjelma lagi. En. Bos bagi kelepasan pulang awal untuk ke klinik. Dengan memandu kereta dalam keadaan yang sakit, aku terus menuju ke klinik di Taman Jasmin Kajang. (Klinik tersebut mempunyai rekod aku) Tapi selepas diperiksa, sakit perut aku bukan kerana gastrik, tetapi kerana appendix ku sudah membengkak. Doktor terus membuat surah sokongan untuk pemeriksaan kecemasan ke atas ku. Aku memilih Hospital Serdang kerana aku ada rekod di sana. 

Setibanya di sana, aku terus dirujuk bahagian kecemasan. Ahh!! mana mungkin seserius ini penyakitku. Dari jam 3.00 petang aku menunggu untuk pemeriksaan lanjut daripada doktor yang bertugas. Malangnya bilik rwatan kecemasan hanya satu sahaja dibuka. Suamiku tiba pada pukul 4.30 petang untuk menemaniku. 

Tetapi sehingga pukul 8.00 malam nombor rawatan aku masih belum dipanggil. Perut yang makin berdenyut semakin sakit ku rasakan. Ramai pesakit mengeluh. Namun kerana 'prosedur' kami terpaksa juga menahan sabar untuk mendapatkan rawatan. Akhirnya pukul 8.25 malam aku dipanggil masuk. Selepas pemeriksaan daripada doktor aku terus ditempatkan di zon kuning. Iaitu Zon separa kritikal.

Setengah jam menunggu, doktor bedah datang untuk membuat pemeriksaan lagi. Setelah perbincangan sesama doktor aku ditahan di wad dan akan menerima pembedahan kecemasan untuk esok hari. Aku terkedu. Suamiku termenung. Tak aku sangka betapa sakit perut yang aku alami selama ini hingga terpaksa dibedah.. Aku ditolak ke wad 6B tingkat 6 katil no 2. menggunakan wheel chair. Pertama kali aku merasa duduk di kerusi itu.. Teringat usop wheel chair pulak..

Mak dan abah sempat menghantar nasi dan baju untuk aku bermalam di hospital. Aku disuruh berpuasa bermula jam 12.00 malam. Suamiku terpaksa pulang kerana wad tersebut tidak membenarkan sesiapa menemani pesakit hatta suami sendiri. 

Dengan linangan air mata aku melepaskan genggaman suamiku. Ku lihat bergenang air matanya menahan sebak.. Aku tahu dia bersedih melihat aku dalam keadaan kesakitan dan dia tak mampu berada di sisiku.

Pagi-pagi cuamiku tiba membawa bekalan. Tepat jam 11.05 pagi (Rabu) aku ditolak masuk ke bilik bedah Hospital  Serdang. Ini kali kedua aku masuk ke sini (tahun 2008 bedah tonsil) Dengan linangan air mata aku melihat suamiku sayu melepaskan aku..

Selepas diberi suntikan bius dan ubat tidur aku terus tak sedarkan diri. Selepas pembedahan aku diletakkan dalam recovery room. Pukul 2.30 aku ditolak semula ke wad biasa. Suami dan rakan-rakan sudah menunggu. Aku yang masih mamai tak mampu berbuat apa-apa. 

Tepat jam 4.30  petang aku tersedar dan aku lihat ramai orang menziarahiku. Tapi aku masih tak mampu untuk berbual mesra. Aku terasa mataku masih lagi mahu terlelap. 

Jam 7.00 malam waktu melawat sudah tamat. Aku sedih melepaskan suamiku balik. Aku bersendirian lagi.

Jam 8.00 pagi (Khamis) segerombolan doktor pakar datang dan selepas diperiksa aku akhirnya dibenarkan pulang ke rumah dengan syarat aku tak muntah atau demam. Jam 2.30 petang aku dibenarkan keluar wad dan kini berada di rumah.


Buat rakan-rakan dan saudara mara aku ucapkan ribuan terima kasih atas ziarah kalian... dan terima kasih kepada suami tercinta kerana setiasa menemani di saat2 genting.. sentiasa bersama menempuh dugaan dariNya... semoga Allah merahmati dirimu sayang... ayang sayangkan abg... penat lelah abg menjaga ayg tak mampu ayg balas dengan apa2.. abg segala-galanya utk ayg... terima kasih tuhan kerana anugerahkan dia untuk jadi peneman hidupku untuk sepanjang hayat ini...


Comments

  1. Alhamdulillah sumenye selamat..jaga diri elok2 ye laicy..

    ReplyDelete
  2. @sheisjaz thanks babe... aku dlm proses 'berpantang'..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Pennzoil - Ride It Right Putrajaya

 29/05/2011 Pennzoil Shah Alam telah mengadakan Konvoi Ride It Right sempena Cubprix 2011 di Putrajaya. En. suami dah mencari beberapa name untuk join aktiviti ni. Dalam 40 buah motor telah terlibat dalam konvoi anjuran Pennzoil ini. Bagi SBRC yang dh lame menceburi aktiviti konvoi ni tiada masalah. Untuk yang baru menyertainya, mereka amat teruja!!. Can see on their face.. hehehe..  En. suami ditugaskan sebagai 'marshal'. Oh my, We will be leading this convoy!! Sure, I', so excited. They also!! Tak banyak gambar yang dapat aku klik. Sbb utama ialah keselamatan aku dan encik suami serta mereka yang dibelakang.  Takkan aku suka-suka nak lepaskan tangan untuk klik sana sini. Biar mereka yang mahir melakukannya. Hehehe.. lg pun photo banyak di klik oleh bro Ruzzm Belang. Nice shoot bro!! berkumpul sebelum bertolak.. MILO dulu!! berkonvoi menuju destinasi.. mencari parking.. baru sampai.. panas woo!! nice bike.. dream for riding this bikes.. souve...