Skip to main content

Pitam..


Hari ni dua kali aku pitam... bukan pengsan ye.. 

PITAM - Syncope iaitu pitam yang berlaku secara tiba-tiba, biasanya sekejap sahaja tetapi boleh menjadi pengsan - tidak sedarkan diri disebabkan oleh peredaran daran dan oksigen yang tak cukup di otak. 

Apabila berbaring, aras kepala perlu berada sama laras dengan aras jantung. Darah akan kembali ke otak dan pesakit akan sedar kembali selepas beberapa minit.

Sumber rujukan dari http://drzubaidi.com/blog

Pagi lepas makan ubat, aku masuk ke dalam bilik, terus terjelepuk depan katil, encik suami masuk bilik terkejut tgk aku dan terus papah ke katil. 

Kali kedua waktu petang. Aku bangun nak keluar bilik. Pegang tombol lepas tu terasa gelap aje. Aku cume dengar bunyi  gedegang!!  Sedar-sedar aku terasa encik suami angkat aku dan papah ke katil. Dia ckp tgh tido terkejut dengar bunyi jatuh, bila die bangun terus melompat dari katil lepas tengok aku terjeluk tepi pintu. Dahi dan siku aku melecet, mungkin terkena pintu. 

Aku terus rasa letih yang amat sangat. Mak buatkan susu dan belikan air cap badak. Encik suami nak pergi kerja pun aku dah rasa sayu. Kenapa entah, aku rasa macam sedih gile.

Malam, mamai masih terasa... haih...T__T


*nak tid0.. nak tid0..nak tid0..*



Comments

  1. salam laily...
    muda² dulu selalu juga akak camtu.
    puncanya doktor kata masa tu tekanan darah rendah.

    ReplyDelete
  2. ala2 ciannya dia...sedih nk kna tinggal ngn husband g keje erk...

    ReplyDelete
  3. @misza tu laa kak... mmg ade darah rendah pun... nk kene p cek blk kat spital...

    ReplyDelete
  4. @Cik Awin ye laa cik awin.. kite tgh x sehat pastu cm sedeh je tgk cik abg g keje.. huuu... rindu pun ye gak..hehehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu

Tiada Lagi

08.12.2014 - 08.05.2015 Genap 5 bulan pemergian atok yang disayangi. Hingga kini, aku masih terasa kehilangan atok. Di sudut katil, masih tercari-cari bayang atok berbaring menanti anak cucu pulang balik ke kampung. Masih terngiang-ngiang dia riuh memanggil anak cucu. Sedari kecil kami anak cucu dibesarkan dengan kasih sayang atok. Walaupun dia 'garang', tapi atok tetap manjakan anak cucu dia. Nak apa, minta saja, pasti dia tunaikan. Kaki tua yang sering bengkak, tetap diteruskan mengayuh basikal ke Pekan Semenyih semata mencari apa yang kami mahu. Asal anak cucu gembira dan tetap di depan mata. Ya, hingga ke saat ini, anak cucu atok rindukan atok. Semoga atok ditempatkan dikalangan insan-insan yang beramal soleh. Alfatihah untuk allahyarham Sulaiman Bin Deli.

0ffiallly engaged..♥‿♥

~aku bahagia~ ♥‿♥ aku gembira.. ♥‿♥ gadis manis yg manja ♥‿♥  dari kekasih kepada kekasih ~Norezuwan ♥♥ Yusmalaily~