Bulan ni saja 2-3 kali aku diserang hendap demam..Batuk sikit..Selesema sikit.. Tambah sakit kepala sebab cuaca panas pada bulan Julai 2011 buat aku betul-betul rasa tak enak. Kadang-kadang ada rasa nak jatuh ditimpa tangga terduduk sebab kepenatan.
Tido malam sentiasa terganggu. Kekejangan kaki dan perut yang sentiasa tidak begitu selesa ketika berbaring.
Makan sentiasa teringin. tapi bila nasi dipinggan, aku hanya mampu untuk merenung sahaja.. Tidak ada selera..
Malam ni badan rasa gigil-gigil, nk demam lagikah??
(Kenapa asyik mengeluh saja ni...)
Aku tahu, semua itu adalah ujian dariNya..
*Besok pagi-pagi nak gerak balik Sentul. Drive sendiri. En suami balik keje (Shah Alam) terus balik sane*
Comments
Post a Comment