Skip to main content

Sabtu 090711


Semalam seawal 8.00 pagi aku turun kl.. keje punya pasal.. kene beli iPad 2 kat mid valley... (iPad 2 tu untuk opis ye.. bkn utk aku..) Sampai cheras bt 9 dh berderet kereta..bersusun.. perghh!! moto nk mencelah pun x lepas.. nasib kepakaran en suami mencelah telah membuahkan hasil untuk kami ke barisan hadapan.. Lorong motosikal di buka untuk satu laluan dan kereta dua laluan.

En. Polis : Apa benda dalam beg ni?? (merujuk beg berwarna oren di hadapan motosikal)
Aku dan en suami: Baju Hujan!! 
En. Polis: jalan2!!..dengan muke belagak..

Menyampah ok!!...

Kami meneruskan perjalanan. Tapi Jalan Cheras - Jalan Loke Yew ditutup. Kami terpaksa turun ke roundabout Jalan Tun Razak dan dihalankan ke susur arah Petaling Jaya / Shah Alam. Terus ambil Lebuhraya Persekutuan dan kami kehilangan arah untuk ke Mid Valley.. (sebenarnya aku salah tunjuk jalan.. hahahaha..ni semua roadblock punye pasal.. hampeh..)
En. suami dengan muke ketat terus ambil naik ke Jalan Kerinchi dan potong ke Jalan Bangsar. Sejam perjalan ke Kuala Lumpur dan kami tiba di Mid Valley jam 9.00 pagi. Aku dan en suami berlari-lari anak kambing naik ke tingkat 2. Semata nak beratur untuk giliran ambil kad pembelian dari Machines
Sebab stock tak banyak jadi terpaksa laa berebut.. Haih...Sikit-sikit barisan menunggu beranjak ke pintu masuk..  3 jam..OK!!

Jam 12.00 selesai urusan pembelian aku dan en suami yang kebulur terus makan kat noodle station. Mcm orang x makan seminggu, licin aku kerjakan mangkuk mee tu.. Lega, kami terus booking ticket wayang untuk esok.. Tolong Awek Aku Pontianak Nak tengok hari ni mood dah tak ada.

En suami ajak ke Shah Alam, nak bayar duit tanah. Sepanjang jalan ke Shah Alam ada road block dan en suami cuba cari jalan potong ke Shah Alam. Tapi sampai ke Pantai Dalam enjin moto mati terus. Bar minyak berkelip-kelip. Alahai... Aku pandang en suami tapi die terus diam. Ni yang aku tak gemar.. Berkali-kali pesan, dah tinggal dua bar tu, isi saja minyak.. Ni tak, nak jugak biarkan tangki minyak kering kontang. Nasib adik Ameen ade kat rumah minta tolong hantarkan minyak. Setengah jam tunggu dalam terik panas matahari.. (cair mekap taw...) akhirnya Ameen sampai. Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Shah Alam. Selesai urusan di Shah Alam, kami menghala pulang ke Sentul.

Kami di tahan dalam sekatan jalanraya di Lebuhraya Persekutuan. Nasib sekejap saja. Lepas tu en suami terus roket moto balik. Sampai Bangsar hujan lebat turun mencurah-curah. Dalam kebasahan kami teruskan juga perjalanan. Aku dah tak tahan nak rebahkan badan atas tilam. Aku rasa penat dan mengantuk yang amat sangat.

Ahad en suami bawak jalan-jalan ke Mid Valley dan tgk wayang yang booking semalam.. Cerita tu mmg kelaka dan thumbs up untuk semua yang terlibat dl movie tu.. best wooo.... tengok laa..tengoklaa..


*semoga Allah Taala memberikan balasan yang setimpal kepada mereka yang menganiaya orang yang tidak berdosa... amin...*

Comments

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Pennzoil - Ride It Right Putrajaya

 29/05/2011 Pennzoil Shah Alam telah mengadakan Konvoi Ride It Right sempena Cubprix 2011 di Putrajaya. En. suami dah mencari beberapa name untuk join aktiviti ni. Dalam 40 buah motor telah terlibat dalam konvoi anjuran Pennzoil ini. Bagi SBRC yang dh lame menceburi aktiviti konvoi ni tiada masalah. Untuk yang baru menyertainya, mereka amat teruja!!. Can see on their face.. hehehe..  En. suami ditugaskan sebagai 'marshal'. Oh my, We will be leading this convoy!! Sure, I', so excited. They also!! Tak banyak gambar yang dapat aku klik. Sbb utama ialah keselamatan aku dan encik suami serta mereka yang dibelakang.  Takkan aku suka-suka nak lepaskan tangan untuk klik sana sini. Biar mereka yang mahir melakukannya. Hehehe.. lg pun photo banyak di klik oleh bro Ruzzm Belang. Nice shoot bro!! berkumpul sebelum bertolak.. MILO dulu!! berkonvoi menuju destinasi.. mencari parking.. baru sampai.. panas woo!! nice bike.. dream for riding this bikes.. souve...