Skip to main content

Teringat


Lagi 3 hari umat Islam akan menyambut Ramadhan dan insyaAllah 1 Ramadhan tahun ini jatuh pada 1 Ogos 2011 -  Isnin. Pasti ramai yang tak sabar, ada yang gementar dan mungkin juga sudah bersiap sedia menyambut kedatangan bulan mulia tersebut. 

Bagi aku yang baru saja disahkan bakal menjadi ibu ni pun agak teruja. Tak tahu macam mana rasanya berpuasa dalam keadaan aku yg baru mula nk mabuk-mabuk. Baru dua tiga hari ni aku rasa penat, mengantuk, rasa letih satu badan. Kejang-kejang kaki, jadi macam mana waktu bulan Ramadhan nanti. Emak ada pesan, kalo mampu puasalah. Belajar-belajar. Kalo tak larat sangat baru lah dibolehkan berbuka. Tapi biar betul-betul tak larat. Bukan cobaan..main-main.. Hehehehe...

Masa nilah aku teringat waktu bekerja di Jabatan Perangkaan Shah Alam. Masa ni group aku betul-betul semangat buat kerja. Walaupun dalam bulan puasa. Lagi-lagi waktu kerja luar. Langsung tak terasa stress atau keletihan. Kerja masing-masing selesai dengan jayanya. 

Bila malam, berbuka sama-sama. Shopping baju raya sama-sama. Shopping kueh raya sama-sama. Shopping mercun pun ada ye... Hehehe..Semua tu menggamit memori yang tak akan pernah hilang dari kotak ingatan setiap orang. 

Paling seronok waktu open house.. Hehehe.. sbb group kitorg ni kaki makan.. 
(Kalau bukan bulan puasa, waktu pagi mkn..waktu tengahari mkn..waktu petang mkn.. blk ofis pun cari kedai mkn..)

Sekarang aku sudah berumah tangga. Ya, masing-masing juga sudah  berumah tangga. Ada juga yang sedang menanti kelahiran cahaya mata. Sungguh kami benar-benar rindu suasana waktu dulu..

Tahun ni pertama kali buat aku berpuasa bersama en suami dan keluarga mentua. Yeahh!! Aku sangat teruja.

Buat rakan-rakan yang sempat singgah ziarah blog ni, aku ucapakan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan" Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah S.W.T




*satu hari aku duduk melepek dan pegang minyak angin*


Comments

  1. salam Ramadhan..mohon maaf slh slp yer ^_^

    ReplyDelete
  2. aku juge..kalau ade terkasar bahasa..salah silap harap dimaafkan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Pennzoil - Ride It Right Putrajaya

 29/05/2011 Pennzoil Shah Alam telah mengadakan Konvoi Ride It Right sempena Cubprix 2011 di Putrajaya. En. suami dah mencari beberapa name untuk join aktiviti ni. Dalam 40 buah motor telah terlibat dalam konvoi anjuran Pennzoil ini. Bagi SBRC yang dh lame menceburi aktiviti konvoi ni tiada masalah. Untuk yang baru menyertainya, mereka amat teruja!!. Can see on their face.. hehehe..  En. suami ditugaskan sebagai 'marshal'. Oh my, We will be leading this convoy!! Sure, I', so excited. They also!! Tak banyak gambar yang dapat aku klik. Sbb utama ialah keselamatan aku dan encik suami serta mereka yang dibelakang.  Takkan aku suka-suka nak lepaskan tangan untuk klik sana sini. Biar mereka yang mahir melakukannya. Hehehe.. lg pun photo banyak di klik oleh bro Ruzzm Belang. Nice shoot bro!! berkumpul sebelum bertolak.. MILO dulu!! berkonvoi menuju destinasi.. mencari parking.. baru sampai.. panas woo!! nice bike.. dream for riding this bikes.. souve...