Pukul 3.30 pg aku terjaga. Kaki aku kekejangan.Ya Allah.. sakitnya aku rasa.. nak tarik kaki pun tak larat. Lurus tak boleh. Bengkokkan pun tak boleh. Nak tarik nafas tersekat-sekat. Aduhh.. Nak ambil minyak panas pun x dapat nak berjalan. Meleleh air mata menahan sakit.
Carian dari google:
Kejang di kaki boleh dirawat dengan cara:
- Rendamkan kaki didalam air suam yang dicampur dengan garam. Dengan ini ia membantu melegakan kaki anda.
- Minum air secukupnya setiap hari
- Pakai stokin tebal sewaktu tidur bagi mengelakkan kaki dari sejuk. Kaki yang sejuk mudah mengalami kekejangan
- Pakai seluar panjang sewaktu tidur
Cara pencegahan pula :
- Elakkan dari berdiri atau duduk dengan kaki bersilang dalam masa yang lama
- Lakukan senaman kaki atau senaman regangan setiap kali sebelum masuk tidur
- Terdapat kajian menunjukkan pengambilan suplemen magnesium sebagai vitamin sampingan kepada multi vitamin sewaktu hamil boleh membantu sesetengah wanita yang menghadapi masalah kekejangan kaki.
*ari ni jumaat.. besok sabtu..blk kajang semula..rindu nak tgk mama masak..khayal..*
Comments
Post a Comment