Skip to main content

Support Race Moto GP 2011


Hari Jumaat en suami ade free practice, acara qualifying dan  round-1 untuk Support Race Moto GP. Disebabkan aku bekerja, jadi en suami pergi sendiri. Sabtu pagi aku menemani en suami ke Sepang untuk MSS Bikes (Category Bikers SOL Cup - 4 stroke). Aku masuk pakai pass Crew Paddock. Lepak dari pagi sampai laa ke petang. Kol 5.30pm baru sen suami bersiap nak masuk berlumba.
(gigih jd pak pacak kat bawah khemah tu..)

Sebelum bermulanya perlumbaan, semua pelumba mengambil gambar kenang-kenangan.

Jam dah berganjak ke 6.30pm, acara tak mula lagi. Langit dah mendung. Sikit lagi rintik hujan nak turun. Aku dah gelisah depan paddock/khemah tu. Pukul berapa la nak habis main. Karang hujan, jalan basah susah laa utk pelumba-pelumba nak merembat moto masing-masing. Jalan licin.

Tepat jam 6.40pm, acara pun bermula. Dari sebalik podium terdengar moto-moto pelumba menderum-derum tak sabar nak berlepas. Aku menunggu penuh sabar di selekoh. Teruja melihat en suami membawa moto Yamaha LC biru bernombor 42. Setelah 2-3 pusaingan lap, hujan turun rintik-rintik. Semakin lama semakin lebat. Ahh!! Sudah.... Mahu ada yang tergolek kalau jalan licin macam ni. Tambah pula hari semakin gelap.

Benar telahan aku, satu persatu moto pelumba di tunda masuk kerana jatuh akibat jalan licin. Aku gelisah. En suami tidak berapa suka merembat moto di kala hujan. Fobia sewaktu kemalangan motosikal tak lama dulu membuat dia gementar.

Namun belum selesai en suami menghabiskan 6 lap pusingan, bendera sudah dikibar. Ahh!! Pelumba dihadapan sudah menghabiskan lap dan mereka semua diarahkan masuk ke paddock masing-masing. Aku sedikit terkilan. Daripada 12 pelumba kategori en suami, hanya 6 sahaja yang tinggal meneruskan perlumbaan. Baki 6 pelumba lagi telah kecundang di jalan yang basah serta cuaca yang gelap.

Biarpun hanya 5 lap, aku bangga sebab aku tahu en suami sudah memberikan yang terbaik untuk perlumbaan terakhirnya. Rezeki masing-masing.

Yang buat kami terkilan disebabkan perlumbaan yang lambat bermula. Jika tidak, en suami pasti dapat menghabiskan perlumbaannya dan semua pelumba tak perlu menempuh cuaca gelap untuk berlumba.


Last Race utk en suami
Pass masuk



pose dulu sblm org ramai dtg..
model moto..hahaha..
kacak & tampan!!
pelumba bergambar kenangan..
Hari Ahad, aku dan en suami sudah bersiap-siap untuk ke Sepang. Saja nak berjalan-jalan tengok pesta Moto GP. Tapi aku buat permintaan saat akhir kepada en suami. Permintaan utk shopping baju baru. Demi kasihkan aku dan takut aku kepanasan seperti hari sabtu, en suami dengan senang hati membawa aku ke Jusco Au Keramat. Hehehe..

Selesai shopping, aku siap-siap berkemas utk balik ke Kajang. Kami hanya mendapat keputusan perlumbaan Moto GP di tv. Perlumbaan dihentikan kerana ada pelumba yang mengalami kemalangan. Tapi kami tak berapa ambil pusing. Sebab tak sabar nak memanggang daging kambing di rumah mak nanti.

Tengah memanggang, abah buka cerita pelumba yang kemalangan tu tak berjaya diselamatkan. Aku dan en suami tersentak. Siapa?? Aku terus google Moto GP dan kami terus terkedu.


Tak sangka kemalangan itu meragut nyawa Marco Simoncelli pelumba dari Itali. Baru berusia 24 tahun. Masih muda. Hilanglah pelumba yang agresif memeriahkan Moto GP tanpa sesiapa dapat menyangka begitu tragis kematiannya.


Another tragedy rocks motorsport after Simoncelli is killed in MotoGP crash

Profile

Marco Simoncelli tragically lost his life on October 23rd, 2011, at the Sepang circuit following a crash on the second lap of the MotoGP race. The Italian rider had dazzled the World Championship paddock with his charisma, ability and racing style, and was a World Champion having taken the 250cc title in 2008, a title he narrowly missed out on defending in 2009. Arriving in the premier class in 2010, his progress was rapid and before his untimely death he had already taken two premier class podiums and two poles in a strong second MotoGP campaign. Marco will be greatly missed by all those involved in MotoGP, and will forever be remembered as one of the Championship’s great characters and talents.

R.I.P Marco Simoncelli


 *Semoga Allah sentiasa melindungi kami sekeluarga*



Comments

  1. Dear yun, suke tengok ur baby bump ;)

    ReplyDelete
  2. ^__^ really.. hihihi.. tulaa... nmpk besar sgt kan.. sume org dok usap2..

    ReplyDelete
  3. isteri mithali g support husband erk...

    ReplyDelete
  4. Cik awin : Hehehe.. ofkos.. tukang support..tukang sorak bagai...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Pennzoil - Ride It Right Putrajaya

 29/05/2011 Pennzoil Shah Alam telah mengadakan Konvoi Ride It Right sempena Cubprix 2011 di Putrajaya. En. suami dah mencari beberapa name untuk join aktiviti ni. Dalam 40 buah motor telah terlibat dalam konvoi anjuran Pennzoil ini. Bagi SBRC yang dh lame menceburi aktiviti konvoi ni tiada masalah. Untuk yang baru menyertainya, mereka amat teruja!!. Can see on their face.. hehehe..  En. suami ditugaskan sebagai 'marshal'. Oh my, We will be leading this convoy!! Sure, I', so excited. They also!! Tak banyak gambar yang dapat aku klik. Sbb utama ialah keselamatan aku dan encik suami serta mereka yang dibelakang.  Takkan aku suka-suka nak lepaskan tangan untuk klik sana sini. Biar mereka yang mahir melakukannya. Hehehe.. lg pun photo banyak di klik oleh bro Ruzzm Belang. Nice shoot bro!! berkumpul sebelum bertolak.. MILO dulu!! berkonvoi menuju destinasi.. mencari parking.. baru sampai.. panas woo!! nice bike.. dream for riding this bikes.. souve...