Kemain nk wellness program ye.. Hehehe.. Hari ni adalah check up aku yang kedua. Minggu ke-16 atau 4 bulan hamil. Macam biasa pagi-pagi beratur, ambil nombor dan tunggu nombor giliran di panggil. Nasib tak lama aku menunggu. Selepas nombor terpapar aku terus ke bahagian timbang berat dan cek tekanan darah. Alhamdulillah, berat aku naik 2.4kg. (Daripada 42.55kg naik ke 44.95kg.) Tekanan darah pun ok. 100/64mmHG.
Kemudian aku ke bahagian ambil darah. Aduhh..yang ni agak seram. Sampai giliran aku, aku terus tutup mata. Takut... Hehehe.. selesai aku terus hantar ke lab dan cek air kencing. Dapat keputusan aku terus ke bilik rawatan oleh jururawat dan tunggu giliran lg untuk diperiksa.
Jururawat ambil beberapa maklumat daripada aku. Aku tunjukkan scan daripada Poliklinik UKM dan jururawat membuat beberapa catitan. Serius aku tak faham. Hehehe.. Selepas mebuat beberapa pemeriksaan fizikal di perut aku yang semakin memboyot, aku disuruh menunggu untuk diperiksa oleh doktor pula di bilik sebelah.
Kemudian aku ke bilik pemeriksaan oleh doktor pula. Doktor mengesahkan laporan maklumat yang diambil oleh jururawat dan menetapkan temujanji seterusnya pada 14/11/2011 (pemeriksaan seterusnya) dan 5/1/2011 untuk memeriksa kandungan di dalam rahim. (Scan daripada doktor di Poliklink UKM - uri aku ke bawah sikit. Harap minggu ke-28 nanti uri akan naik ke atas semula. Tak mahu kene tahan wad hospital..Takut..)
Jururawat dan doktor pesan, jika berlaku sebarang pendarahan, terus rujuk ke hospital.
Ok yang ni aku memang takut..
*en suami sentiasa ada untuk menemani aku. Terima kasih sayang*
Comments
Post a Comment