Skip to main content

Rabu yang Sebu


24 minggu hamil buat perut aku terasa sebu. Ketat dan semakin memboyot. Nak duduk susah.. nak bgn susah.. bukan merungut.. Just nak share ngan mummy-mummy to be kat luar sana yang kot-kot tersesat masuk blog sawang aku ni kan.. Kalau 3-4 bulan aku dah rasa kejang-kejang kaki waktu malam. Sekarang tak kira masa. Bila-bila die nak kejang, selambe aje kaki aku mengejang tanpa segan silu. Adoii...sakit taw tak... 

Tu baru kes kekejangan. Masuk kes nak tido malam lagi haru. Meniarap dh tentu tak boleh. Menelentang pulak boleh sesak nafas jadinya. Sekarang ni, mengiring ke kanan tak boleh..ke kiri pun tak boleh. Aku tengah fikir posture tubuh yang sesuai untuk aku. Lain orang lain peelnye ye.. Dah macam-macam cara aku buat. Letak bantak bawah pinggang..bawah punggung..naikkan kaki atas bantal.. tinggikan bantal kat kepala..tapi semuanya hampa.. akhirnya aku tertidur dalam keletihan. 
 Bangun pagi je mesti susah nak gerakkan badan. Terpaksa en suami tarikkan tangan aku untuk bangun.

Lepas tu kisah baby main playground dlm mummy tummy.. "Adoii... aktif dan suke melasak anak mama ni..." slalu aku gurau-gurau dengan baby dalam perut sambil gosok2 perut. Kalau papa die balik lambat aje die mesti sakan melompat-lompat dan menunjal-nunjal perut aku. Bila papa dia balik, terus dia senyap aje.. "Jadi budak baik ni..." Papa die usik2 perut aku.. Hehehe...

Sekarang ni aku dan en suami tgh buat senarai barang-barang persiapan untuk menyambut kelahiran baby kami. Apa yang perlu dibeli. Apa yang perlu disediakan. Dalam pada tu aku jadi nervous (gementar) nak menghadapi saat-saat bersalin. (pengalaman dan cerita daripada kawan-kawan buat aku teruja tapi perasaan takut tu ada jugak) Ok aku memang penakut....

*baru perasan ahad ni hari jadi sultan selangor dan isnin cuti.. yaho0!!*


Comments

  1. tahniah...semoga selamat melahirkan and dapat baby yang comel dan sihat...jemput tengok kain-kain kat sini http://sucikasihcollection.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. thanks... insyaAllah..ade mase leh cuci mate kt blog intan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu

Tiada Lagi

08.12.2014 - 08.05.2015 Genap 5 bulan pemergian atok yang disayangi. Hingga kini, aku masih terasa kehilangan atok. Di sudut katil, masih tercari-cari bayang atok berbaring menanti anak cucu pulang balik ke kampung. Masih terngiang-ngiang dia riuh memanggil anak cucu. Sedari kecil kami anak cucu dibesarkan dengan kasih sayang atok. Walaupun dia 'garang', tapi atok tetap manjakan anak cucu dia. Nak apa, minta saja, pasti dia tunaikan. Kaki tua yang sering bengkak, tetap diteruskan mengayuh basikal ke Pekan Semenyih semata mencari apa yang kami mahu. Asal anak cucu gembira dan tetap di depan mata. Ya, hingga ke saat ini, anak cucu atok rindukan atok. Semoga atok ditempatkan dikalangan insan-insan yang beramal soleh. Alfatihah untuk allahyarham Sulaiman Bin Deli.

0ffiallly engaged..♥‿♥

~aku bahagia~ ♥‿♥ aku gembira.. ♥‿♥ gadis manis yg manja ♥‿♥  dari kekasih kepada kekasih ~Norezuwan ♥♥ Yusmalaily~