Skip to main content

Selasa yang Suram


Selalu hari Isnin adalah hari moody. Tapi bagi aku dari semalam bawak ke hari Selasa aku masih lagi moody. Terasa suram. Tak ceria. Entah kenapa terasa sebak..sedu..sedih dan hiba. Rasa setiap saat aku nak menangis. Untuk apa tangisan tu aku tak tahu. Puas en suami pujuk. Layankan kerenah aku. Waktu dia ada aku boleh tersenyum. Bila dia tak ada dengan aku, aku bermuram durja balik. Aduhh..kenapalah ada perasaan macam ni??

Hari ni hari Selasa, tapi aku ingat hari Jumaat. Pergi kerja, aku berjubah hitam dan tepat 12.30 tghari penuh semangat aku terus balik rumah makan. Sampai rumah aku rasa lain macam. Bila tengok handphone baru perasan hari ni hari Selasa. Ya Allah... kenapa dengan aku ni...

Hari ni en suami balik lewat. Dia kata nak singgah Sentul dulu. Nak renew road tax motor legend dia yang dah tertangguh berbulan-bulan tersadai. Mesti balik karang aku duk termenung muram lagi. 

Cepatlah hari minggu sebab aku dah tak tahu nak buat apa.. Cuma kepingin berehat. Aku terasa penat yang amat sangat sejak akhir-akhir ni... Inikah mood ibu mengandung?? Yang sentiasa berputar dunianya...

*sentiasa mahu en suami disisi menemani*



Comments

  1. Yupp, itulah namanya ibu mengandung ;) mood swing. Mudah marah, cepat merajuk, rase sedih nak nangis jeeee =)

    tapi jangan ikutkan sangat ye, takut nanti baby keluar pun camtu jugak. Macam mizan yang suke nagis ;)

    ain dulu pun tengok cite Nikita pun leh nagis tesedu sedan tau.. bile ingat balik rase kelakar je.. tapi itulah ibu mengandung ;) moga yun kuat k! *hugs*

    ReplyDelete
  2. hurmm... tulaa ayn..bile la boleh nak tersenyum girang mcm dl2.. blur aje dh muke skrg ni.. skrg ni yun suke termenung.. knp entah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu

Tiada Lagi

08.12.2014 - 08.05.2015 Genap 5 bulan pemergian atok yang disayangi. Hingga kini, aku masih terasa kehilangan atok. Di sudut katil, masih tercari-cari bayang atok berbaring menanti anak cucu pulang balik ke kampung. Masih terngiang-ngiang dia riuh memanggil anak cucu. Sedari kecil kami anak cucu dibesarkan dengan kasih sayang atok. Walaupun dia 'garang', tapi atok tetap manjakan anak cucu dia. Nak apa, minta saja, pasti dia tunaikan. Kaki tua yang sering bengkak, tetap diteruskan mengayuh basikal ke Pekan Semenyih semata mencari apa yang kami mahu. Asal anak cucu gembira dan tetap di depan mata. Ya, hingga ke saat ini, anak cucu atok rindukan atok. Semoga atok ditempatkan dikalangan insan-insan yang beramal soleh. Alfatihah untuk allahyarham Sulaiman Bin Deli.

0ffiallly engaged..♥‿♥

~aku bahagia~ ♥‿♥ aku gembira.. ♥‿♥ gadis manis yg manja ♥‿♥  dari kekasih kepada kekasih ~Norezuwan ♥♥ Yusmalaily~