Skip to main content

Tragedi Petang Jumaat


Pukul 4.30 smlm (Jumaat) mak telefon aku. Dengan cemas emak bagitahu yang Kajang banjir. Air naik semeter. Mak pesan balik kerja nanti hati-hati. Jangan masuk arah laluan ke Kajang. Sebab kereta banyak sangkut. Aku terus plan balik nanti nak ikut jalan yang mana. 

Tiba waktu balik, dari highway silk aku terus amik tol Rm1.00 tak berani nak turun ikut laluan biasa Jalan Bukit. Sebab sure jalan sana jem. Aku turun highway terus masuk ikut jalan Taman Jasmin. Jalan ke arah Semenyih pun aku tengok dah sesak.

Syukur, sampai saja dirumah mak dah tunggu aku. Hujan masih lagi turun dengan renyai-renyai. Tidak selebat tadi. Aku terus buka TV, Internet dan segala macam siaran untuk mendapatkan maklumat mengenai banjir di Kajang. Hasilnya beberapa gambar dan video daripada rakan-rakan di Facebook membuatkan aku terkedu. Ya Allah... bencana telah melanda Kajang dalam beberapa saat/minit ketika tiada sesiapa menyedarinya. Biarpun tidak sehebat Tsunami melanda Jepun dan banjir besar di Thailand, musibah kecil ini benar-benar meresahkan.
Berita malam menyiarkan banjir di Kajang dan beberapa saudara dan teman rapat keluarga aku dari Kelantan dan Pahang menelefon untuk bertanyakan khabar. Risau jika kami terlibat sama dalam bencana banjir petang td. Syukur kami masih dalam lindunganNya...

Musibah banjir belum lagi reda, abah mendapat panggilan telefon daripada mak ndak. Berita kurang baik disampaikan. Cucu pada maklang aku ditimpa kemalangan. Mimi yang baru berusia empat tahun telah jatuh daripada tingkat dua pangsapuri rumahnya. Jatuh ke atas bumbung rumah tingkat satu, kemudian jatuh ke atas sebuah kereta sebelum terhempas jatuh ke atas jalan. Jiran yang menjumpai Mimi telah membawanya ke klinik berhampiran tetapi terpaksa menunggu giliran atas alasan prosedur. Ini kes emergency ok!! Akhirnya jiran tersebut membuat keputusan membawa Mimi ke Hospital Sg Buloh. Kami yang mendapat khabar sedih ini terus terduduk. Ya Allah..begitu tragisnya apa yang berlaku pada hari Jumaat penghulu segala hari. Allah tak akan menguji hambanya tanpa apa-apa hikmah disebaliknya. 

Semoga segalanya baik-baik saja.. Amin..

*hari ade jemputan kenduri kahwin saudara di Shah Alam..InsyaAllah kami akan melawat ke Hospital Sg Buloh dan terus balik ke kg abah. Ade kenduri bersunat anak buah aku*


Comments

  1. Yun....banyak2 bersabar oke.. jaga kesihatan & kandungan baik2.. dun worry-worry!! ;)

    anyway, ur new blog template sangat chantekk hokkey!! i'm in love wit that! buat ain rase cam nak tuka jugak! eh meh share mane yun dpt template yg cool camni.. sriyes suke :D

    ReplyDelete
  2. tulaa.. xleh nk stress2.. nnt perut pun ikut stress.. doc dh warning..suh rileks2 aje..

    nice kan..kan.. kat sini ayn http://www.leeloublogs.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu

Tiada Lagi

08.12.2014 - 08.05.2015 Genap 5 bulan pemergian atok yang disayangi. Hingga kini, aku masih terasa kehilangan atok. Di sudut katil, masih tercari-cari bayang atok berbaring menanti anak cucu pulang balik ke kampung. Masih terngiang-ngiang dia riuh memanggil anak cucu. Sedari kecil kami anak cucu dibesarkan dengan kasih sayang atok. Walaupun dia 'garang', tapi atok tetap manjakan anak cucu dia. Nak apa, minta saja, pasti dia tunaikan. Kaki tua yang sering bengkak, tetap diteruskan mengayuh basikal ke Pekan Semenyih semata mencari apa yang kami mahu. Asal anak cucu gembira dan tetap di depan mata. Ya, hingga ke saat ini, anak cucu atok rindukan atok. Semoga atok ditempatkan dikalangan insan-insan yang beramal soleh. Alfatihah untuk allahyarham Sulaiman Bin Deli.

0ffiallly engaged..♥‿♥

~aku bahagia~ ♥‿♥ aku gembira.. ♥‿♥ gadis manis yg manja ♥‿♥  dari kekasih kepada kekasih ~Norezuwan ♥♥ Yusmalaily~