Skip to main content

idaman hati



Sekian lama aku dambakan akhirnya berada dalam dakapan.. 
Chewah!! Ayat tak nak mengalahkan.. Hahaha... 

Rezeki hari Ahad agaknye. Hehehe.. Sedari awal aku dan encik suami dah terpacak kat OU Damansara. Semata nak cari kasut NB dia tula. Akhirnya dgn skali cari dah jumpa Butik NB tu. Boleh nampak cahaya kegembiraan di mata en suami. Pulak tu memang ada saiz die. Lagi laa rasa mcm nak melompat kan.. Hehehe.. Bila encik suami toleh aku anggukkan kepala tanda setuju dia beli kasut idaman dia. Terus ke kaunter buat bayaran dan dengan senang hati kami kaluar dari Butik NB tu dengan senyum lebar. 

Lepas tu jalan-jalan nak cari Butik Ibu Hamil. Nampak V-Mum dan terus cari maternity bra. Alhamdulillah jumpa jugak. Walaupun harga dia agak mahal, encik suami suruh beli jugak. Takut tak dapat cari kat tempat lain/tak sempat nak cari dengan keadaan aku yang dh sarat memboyot ni. Sambar sehelai kami terus jalan lagi. 

Sampai ke Butik ROMP. Encik suami nak cari seluar jeans untuk gantikan jenas yang sudah lusuh dan tunggu masa nak terkoyak. Mungkin rezeki kami pagi itu, saiz untuk encik suami memang ada. Apalagi, sambar sehelai. Hehehe.. lengkap shopping kami pagi Ahad tu. Kemudian encik suami bagitahu mahu ke The Gardens Mall Mid Valley. Dia tanya aku masih larat jalan ke tak. Aku anggukkan kepala tanda masih larat dan mahu ke sana.

Keluar dari OU Damansara kami terus ke Petaling Jaya. Jalan tak berapa nak jam dan mencari parking pun tak susah. Rezeki kami.. Kemudian kami ke Butik NB di The Gardens Mall. Encik suami saja nak survey harga di sana pula. Ok, harga tetap sama dan dia berpuas hati. 

Tiba-tiba encik suami menarik tangan aku ke Booth HTC di hadapan Butik NB dan tunjukkan aku Smartphone HTC Wildfire S yang aku idamkan. Aku beliakkan mata.. harga dia sudah turun!! Yeay!! Encik suami panggil salesman dia dan terus bgtahu nak beli HTC Wildfire S tu. Aku terkejut. Rasa macam nak nagis pun ye jgk. Mcm tak percaya. Huhuhu!!! 

Encik suami buat bayaran dan akhirnya HTC Wildfire S tu dalam genggaman dan dakapan aku. Terima kasih kepada encik suami yang sanggup tunaikan impian dan idaman hati aku untuk memiliki HTC Wildfire S ni.. 

Papa, mama sayang papa kuat-kuat!!

HTC Wildfire S Pink

*Bangun awal semata nak msg encik suami betapa aku sayangkannya..
walaupun tanpa HTC yang ku idamkan kerana dia segalanya bagiku..*


Comments

  1. u r so lucky dear :)
    alhamdulillah..sahabat ku d'kurniakan seorg teman yg amat memahami & caring..
    sy tumpang hepi..moge kkl hgga ke syurga..
    insyaAllah..amin..

    psstt..psstt: agak2 leh x sy pnjam??lalalala ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..amin ya rabbal alamin.. time kasih...

      pinjam?? pinjam kamera mahal awal dl laa.. hehehe..

      Delete
  2. mmm..camera mahal??
    camera mn lak nie cik puan zuwan??

    ReplyDelete
  3. camera yg laki hang snap slalu tu laa..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu

Tiada Lagi

08.12.2014 - 08.05.2015 Genap 5 bulan pemergian atok yang disayangi. Hingga kini, aku masih terasa kehilangan atok. Di sudut katil, masih tercari-cari bayang atok berbaring menanti anak cucu pulang balik ke kampung. Masih terngiang-ngiang dia riuh memanggil anak cucu. Sedari kecil kami anak cucu dibesarkan dengan kasih sayang atok. Walaupun dia 'garang', tapi atok tetap manjakan anak cucu dia. Nak apa, minta saja, pasti dia tunaikan. Kaki tua yang sering bengkak, tetap diteruskan mengayuh basikal ke Pekan Semenyih semata mencari apa yang kami mahu. Asal anak cucu gembira dan tetap di depan mata. Ya, hingga ke saat ini, anak cucu atok rindukan atok. Semoga atok ditempatkan dikalangan insan-insan yang beramal soleh. Alfatihah untuk allahyarham Sulaiman Bin Deli.

0ffiallly engaged..♥‿♥

~aku bahagia~ ♥‿♥ aku gembira.. ♥‿♥ gadis manis yg manja ♥‿♥  dari kekasih kepada kekasih ~Norezuwan ♥♥ Yusmalaily~