Skip to main content

Dalam Fikiran..


Minggu pertama untuk tahun baru 2012. Mood bekerja memang ada, tapi tak seberapa nak ada sebab badan tak berapa nak sihat sangat. Sudah berapa malam tak dapat nak tido lena. Penangan baby dok menyiku dan menendang.. Sabar sajalah.. anak mama punya pasal.. Dalam fikiran aku sekarang ni cuma ada .....


  • Persiapan untuk menyambut kelahiran orang baru dalam hidup aku dan en suami sudah kami sediakan. En suami betul-betul teruja dan tak sabar untuk bertemu dengan buah hati dia dalam perut aku ni..
  • Sekarang aku dah mula nak siapkan diri dari segi persiapan mental dan fizikal dalam menghitung hari untuk melahirkan baby dalam perut ni. Jadi aku ada buat semakan rambang tentang pengalaman bersalin ibu-ibu hamil di google. Rata-rata ada pengalaman yang bagus dan ada juga pengalaman tak berapa nak bagus laa kan. Ikut bahagian masing-masing. Ada bernasib baik.. ada yang kurang bernasib baik.. Seram sejuk rasanya... (pesan mak, mak mentua dan makngah (makcik en suami) banyakkan istighfar..banyakkan selawat..ingat Allah... doa dipermudahkan segalanya...)

*sehari dua ni waktu pagi baby kurang sikit gerak sebab mama dia tak cukup rehat..tp malam-malam kuat menyiku.. *


Comments

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu

Tiada Lagi

08.12.2014 - 08.05.2015 Genap 5 bulan pemergian atok yang disayangi. Hingga kini, aku masih terasa kehilangan atok. Di sudut katil, masih tercari-cari bayang atok berbaring menanti anak cucu pulang balik ke kampung. Masih terngiang-ngiang dia riuh memanggil anak cucu. Sedari kecil kami anak cucu dibesarkan dengan kasih sayang atok. Walaupun dia 'garang', tapi atok tetap manjakan anak cucu dia. Nak apa, minta saja, pasti dia tunaikan. Kaki tua yang sering bengkak, tetap diteruskan mengayuh basikal ke Pekan Semenyih semata mencari apa yang kami mahu. Asal anak cucu gembira dan tetap di depan mata. Ya, hingga ke saat ini, anak cucu atok rindukan atok. Semoga atok ditempatkan dikalangan insan-insan yang beramal soleh. Alfatihah untuk allahyarham Sulaiman Bin Deli.

0ffiallly engaged..♥‿♥

~aku bahagia~ ♥‿♥ aku gembira.. ♥‿♥ gadis manis yg manja ♥‿♥  dari kekasih kepada kekasih ~Norezuwan ♥♥ Yusmalaily~