Skip to main content

Wedding lagi


Ahad lepas (semalam) kami sekeluarga berkampung di Hotel Equatorial Bangi sempena majlis persandingan abg sepupu aku. Meriah dan part paling best aku dapat makan macam-macam. Hehehe.. tak sedar diri betul mak buyung ni.. (en suami perli..)

Semua dah ada tugasan masing-masing. Tugasan aku senang saja. Duduk dan welcome tetamu yang hadir dan serahkan guest book utk diorang sign. Wish pada pengantin atau sekadar mengisi kehadiran mereka. Arahan daripada keluarga pengantin. Hehehe.. Senang kan kerja aku. Bila lenguh sebab duduk aje, aku jalan-jalan la kejap cari makanan dan lepak-lepak dengan saudara mara.

Tepat jam 4.00 petang kami siap-siap berkemas dan berangkat pulang. Penat dan gembira kerana terima ahli keluarga baru dan untuk abg sepupu aku, 

Noreman Ariff serta isteri Noraini Moktar 
"Selamat Pengantin Baru dan semoga berbahagia selalu"
Guest Book
sementara tunggu tetamu datang, gosip-gosip dulu..
xde keje btl pengantin lama ni.. hahahaha...
family besar semenyih..

*kaki mcm nk start bengkak.. adoii.. jgn laa bengkak..aku masih mahu drive sendiri..*


Comments

  1. p kenduri, mkn puas2...nnt dh berpantang, tak leh nk mkn sakan sgt...;)

    ReplyDelete
  2. Cik Awin: btl jgk tu.. hehehe.makan selagi sempat makan..ye x..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu

Tiada Lagi

08.12.2014 - 08.05.2015 Genap 5 bulan pemergian atok yang disayangi. Hingga kini, aku masih terasa kehilangan atok. Di sudut katil, masih tercari-cari bayang atok berbaring menanti anak cucu pulang balik ke kampung. Masih terngiang-ngiang dia riuh memanggil anak cucu. Sedari kecil kami anak cucu dibesarkan dengan kasih sayang atok. Walaupun dia 'garang', tapi atok tetap manjakan anak cucu dia. Nak apa, minta saja, pasti dia tunaikan. Kaki tua yang sering bengkak, tetap diteruskan mengayuh basikal ke Pekan Semenyih semata mencari apa yang kami mahu. Asal anak cucu gembira dan tetap di depan mata. Ya, hingga ke saat ini, anak cucu atok rindukan atok. Semoga atok ditempatkan dikalangan insan-insan yang beramal soleh. Alfatihah untuk allahyarham Sulaiman Bin Deli.

0ffiallly engaged..♥‿♥

~aku bahagia~ ♥‿♥ aku gembira.. ♥‿♥ gadis manis yg manja ♥‿♥  dari kekasih kepada kekasih ~Norezuwan ♥♥ Yusmalaily~