Skip to main content

Holiday @ Tiara Beach Resort


Bercuti!!
Hujung minggu kami habiskan masa di Tiara Beach Resort Port Dickson. Ofis adik ipar aku ade buat Family Day. Jadi dia angkut skali satu family bercuti dekat sana. Jumaat petang kami bertolak dari Sentul selepas Solat Jumaat. Hujan lebat petang Jumaat tu buat perjalanan mengambil masa sedikit kerana jalan licin. En suami memandu dengan penuh berhati-hati. Jam 5 petang kami tiba di destinasi dan terus check in. Sangat teruja dan hilang penat tgk bilik yang bersih dan pemandangan yang indah. Ade taman tema ala-ala Sunway Lagoon gitu. Memandangkan aku dah sarat dan tak berapa nak kuat kaki ni, jadi tengok sajalah orang mandi manda dengan gembiranya. Huh!! Jeles2!!

Acara hanya akan bermula pada keesokan hari jadi hari Jumaat adalah acara bebas dan kami bersiap-siap untuk ke Pekan Port Dickson mencari gerai untuk makan malam. Puas ke hulu dan ke hilir mencari kedai ikan bakar. Tapi yang kami jumpa hanya kedai ikan bakar yang tak berapa nak menepati citarasa kami semua. Disebabkan perut dan mulakan bunyi keroncong, terpaksa telan juga dan masing-masing mengeluh. Hehehe..

Acara bermula jam 7.00 pagi. Acara senam robik. Tapi kami bersenam di dalam bilik. Hahaha!! Sebab masing-masing lewat bangun. Bersiap ala kadar kami turun bersarapan dan kemudian acara bebas. En suami dah teruja nak mandi kolam. Tukar baju seluar terus terjun menyelam. Aku hanya dapat duduk memerhati dari bawah pokok. Perut yang memboyot tak mampu untuk aku turut sama berjimba di dalam kolam. Huh!!

Selesai acara jam 3.00petang kami bersiap. Nak pergi berjalan ke Melaka pula. Yeah!! Dah lama tak ke sana. Kali terakhir waktu honeymoon 10 bulan yang lepas. Heee.... Kami terus ke dataran pahlawan dan kami naik menara taming sari. Ini kali ke-3 aku naik, tapi masih rasa gemuruh tu tak kan pernah hilang. Ok..aku memang takut pada ketinggian.

Kemudian kami terus ke Bukit Cina nak pekena Asam Pedas Power. Asam pedas paling aku suka. Pedas dia buatkan aku melelehkan air mata dengan kesedapan yang tak terhingga. Hee...

Jam 12.00 malam kami tiba di PD semula dan sudah tentu aku tidur dengan nyenyak selepas dapat lepaskan gian dengan Asam Pedas Bukit Cina...

Jam 11.00 pagi kami bersiap bertolak balik ke KL dan inilah percutian keluarga yang sangat seronok apatah lagi percutian untuk aku yang sarat dengan perut memboyot sebelum berpantang sakan. Huhuhu...

Pemandangan dari Aras 3 bilik penginapan
Taman Tema ala-ala Sunway Lagoon
Asam Pedas di Bukit Cina paling Power..

Comments

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Pennzoil - Ride It Right Putrajaya

 29/05/2011 Pennzoil Shah Alam telah mengadakan Konvoi Ride It Right sempena Cubprix 2011 di Putrajaya. En. suami dah mencari beberapa name untuk join aktiviti ni. Dalam 40 buah motor telah terlibat dalam konvoi anjuran Pennzoil ini. Bagi SBRC yang dh lame menceburi aktiviti konvoi ni tiada masalah. Untuk yang baru menyertainya, mereka amat teruja!!. Can see on their face.. hehehe..  En. suami ditugaskan sebagai 'marshal'. Oh my, We will be leading this convoy!! Sure, I', so excited. They also!! Tak banyak gambar yang dapat aku klik. Sbb utama ialah keselamatan aku dan encik suami serta mereka yang dibelakang.  Takkan aku suka-suka nak lepaskan tangan untuk klik sana sini. Biar mereka yang mahir melakukannya. Hehehe.. lg pun photo banyak di klik oleh bro Ruzzm Belang. Nice shoot bro!! berkumpul sebelum bertolak.. MILO dulu!! berkonvoi menuju destinasi.. mencari parking.. baru sampai.. panas woo!! nice bike.. dream for riding this bikes.. souve...