Skip to main content

Semakin hampir


Semalam, surau taman aku ada buat ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul. Jadi abah minta tumpang untuk buat kenduri doa selamat untuk aku bakal bersalin nanti. Ramai juga yang hadir. Aku tak dapat nak datang sebab keadaan yang tak berapa nak mengizinkan. Kaki bengkak dan belakang aku dah mula sakit-sakit. Mak suruh duduk di rumah saja. En suami kerja malam. Jadi tinggallah aku seorang di rumah. Serious tak best. 

Sedari semalam perut mula buat hal. Kejap sakit. Kejap rasa letih. Perut pun ada rasa letih ye.. aku sekadar urut mana tangan tercapai. Duduk salah.. Berdiri serba tak kena. Akhirnya aku berbaring saja. Itu pun tak berapa nak selesa. Pusing ke kanan..ke kiri.. bangun balik. 

Aku terus amik beg baby dan beg aku dan kemas-kemas barang untuk di bawa ke hospital nanti. Mana tahu kot-kot dah nak bersalin nanti senang. Masuk kereta terus pergi ke hospital. Beg dah siap tersedia.

Dan semakin hari aku rasakan semakin berdebar. Semakin hampir waktunya buatkan aku gementar. 

Ya Allah ya tuhanku..
kuatkan lah semangatku dan 
beri aku kekuatan untuk menempuh pengalaman pertama ku ini..

*hari-hari en suami beritahu yang dia tak sabar nak jumpa baby dia.. ^__^*

Comments

  1. Yun, nanti jgn lupa cerita detik-detik bersalin, melahirkan oke? *loves* banyakkan berdoa agar dipermudahkan ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah ayn.. doakan yun ye... just 5 weeks left buat yun rase nebes..hee...

      *joran2 yun byk keje spital, dorg tgk yun pun dorg kate maybe deliver cpt.. huii..tu yg lg tmbh suspen..*

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu...

Makan-makan Sedap

Sabtu lepas mama dan ayah mertua buat makan-makan. Jamu saudara mara yang bergotong-royong waktu majlis sambut menantu di Sentul tempohari. Mama buat satay..Terbaik dari Sentul... Sedap sangat-sangat!! Tq to mama dan ayah.. Satay Sentul.. pengipas satay dari Sentul.. hihihi... nak menggedik jugak.. hahaha!! sambil tu celebrate birthday girl anak kepada sepupu encik suami... *dari pagi bawak ke malam melantak aje kejenye.. mama masak sedap sgt..hehehe...dah berapa berat aku naik ehh..*