Skip to main content

Rezeki Isnin


Semalam aku hanya bekerja setengahari saja kerana menemani en suami menghadiri penyampaian Baucer 1 Malaysia di Dewan Sekolah Menengah Tinggi Kajang.Tak ada yang buat aku teruja melainkan keadaan yang kelam kabut dan pemandangan yang tak berapa menarik. Aku mewakili abah untuk ambil baucer tu sebab abah kurang sihat. Darah tinggi dan kencing manis. Jadi abah hanya berehat di rumah. Tetapi duit RM500 yang sepatutnya abah terima terpaksa diambil di bank kerana memerlukan Kad Pengenalan abah yang asal. Aku perlu membawa abah ke bank BSN/Maybank/CIMB untuk urusan tukaran baucer. Tak apalah, sahlaku baucer sehingga 13 April 2012. Masih ada masa untuk abah tunaikan baucer tersebut. Tetapi aku terpaksa menunggu en suami kerana no. gilirannya 300 lebih. Nasib ada kerusi untuk aku duduk sambil menunggu.

Sedang leka memerhati gelagat orang sekeliling, tiba-tiba ada seorang perempuan yang berdiri sebelah aku jatuh tertiarap di dalam longkang. Aku terkedu dan hanya mampu memandang. Aku nak angkat dia memang aku tak larat. Kudrat aku dengan perut memboyot ni tak mampu untuk aku menampung beban yang lebih dari biasa. Nasib orang ramai yang lalu lalang cuba membantu mengangkat perempuan tu. Makcik-makcik dan kakak-kakak yang berada di situ cuba membantu dengan merenjis-renjis air ke muka dan kepala perempuan tadi. Tapi tak ada respon. Aku lihat dia longlai dan hanya bersandar pada dinding. Orang ramai mula mengerumuni perempuan tersebut. Tiba-tiba ada seorang pakcik tu datang dan menyuruh mereka bersurai. Jangan berkerumun di situ kerana perempuan tu memerlukan ruang udara yang mencukupi. Sepuluh minit berlalu, masih tiada tindak balas. Mereka mengambil keputusan untuk menelefon ambulans dari Hospital Kajang yang terletak betul-betul disebelah sekolah.

 Tetapi setelah lima belas minit menunggu, ambulans masih belum tiba. Kebetulan sebuah kereta polis masuk ke perkarangan sekolah dan mereka memaklumkan kepada pegawai polis tersebut ada orang pengsan. Ambulans yang dihubungi masih juga belum tiba. Pegawai polis tersebut mengarahkan supaya perempuan itu diangkat masuk ke dalam kereta dan akhirnya dia selamat dibawa ke hospital. Lima minit kemudian kedengaran siren dari ambulans memasuki perkarangan sekolah.

Mereka yang cuba membantu tadi segera berjumpa dengan pemandu dan pembantu di dalam ambulans. Dengan kata-kata sinis mereka meberitahu bahawa ambulans datang hanya makan angin saja.. pesakit dah lama dibawa ke hospital oleh kereta polis. Ambulans tersebut terus berlalu. Kami yang berada di situ semuanya menggelengkan kepala. Kalaulah keadaan perempuan tadi agak kritikal, bagaimana agaknya ya...

Setengah jam menunggu akhirnya en suami keluar dari dewan dan kami terus menuju ke bank berdekatan. Satu jam menunggu hingga bank tutup baru kami selesai berurusan dan terus balik ke rumah kerana en suami kerja shift malam.

*rezeki anak..*



Comments

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Pennzoil - Ride It Right Putrajaya

 29/05/2011 Pennzoil Shah Alam telah mengadakan Konvoi Ride It Right sempena Cubprix 2011 di Putrajaya. En. suami dah mencari beberapa name untuk join aktiviti ni. Dalam 40 buah motor telah terlibat dalam konvoi anjuran Pennzoil ini. Bagi SBRC yang dh lame menceburi aktiviti konvoi ni tiada masalah. Untuk yang baru menyertainya, mereka amat teruja!!. Can see on their face.. hehehe..  En. suami ditugaskan sebagai 'marshal'. Oh my, We will be leading this convoy!! Sure, I', so excited. They also!! Tak banyak gambar yang dapat aku klik. Sbb utama ialah keselamatan aku dan encik suami serta mereka yang dibelakang.  Takkan aku suka-suka nak lepaskan tangan untuk klik sana sini. Biar mereka yang mahir melakukannya. Hehehe.. lg pun photo banyak di klik oleh bro Ruzzm Belang. Nice shoot bro!! berkumpul sebelum bertolak.. MILO dulu!! berkonvoi menuju destinasi.. mencari parking.. baru sampai.. panas woo!! nice bike.. dream for riding this bikes.. souve...