Web Analytics

Nuffnang

Monday, February 27, 2012

Semput


Malam tadi pukul 1 pagi, aku terjaga.. Pusing kanan.. Pusing kiri.. Aiihss!!.. Tak boleh jadi, aku bangun tukar posisi tidur. Pun tak jalan.. nafas dah tercungap-cungap. Aku nyorokkan muke kat belakang en suami yang tengah lena. Tetap sama. Aku terus menangis teresak-esak.. En suami bgn pujuk lepas tu sapukan vicks kat dada dan bhgn belakang. Baru aku boleh lelap dalam sedu-sedu.. Bangun pagi tadi perut sengal-sengal. Kaki dan tangan semakin sembab.. Tapi gagahkan juga untuk bangun bersiap untuk ke ofis. Dugaan untuk aku...

*Semoga aku diberi kekuatan untuk menempuh segala ujian dari Nya*



No comments:

Post a Comment