Ok, pasti semua sangka aku sudah selamat bersalin. Hahaha... Hakikatnya aku masih lagi membawa perut memboyot ni. Nak buat macam mana. Baby belum mahu keluar lagi. Sedap agaknya duduk dalam perut mama dia. Sudah dua minggu aku menetap di rumah mentua. Kerana mudah dan jarak yang dekat untuk en suami ulang alik dari tempat kerja di Shah Alam ke Sentul. Sekiranya sampai masa untuk aku bersalin, dia sempat untuk ke hospital. Kami memilih Hospital Kuala Lumpur. Alasannya kerana di Hospital Kajang suami tidak dibenarkan menemani isteri waktu bersalin. Aku dan en suami setuju dia akan menemani aku saat lahirnya anak kami nanti. Hari ini seawal jam 7.00 pagi aku, mama dan ayah mentua sudah bertolak ke Klinik Kesihatan Sentul (KK Sentul). Untuk regular check up. Masuk dalam kes tumpang klinik sementara menunggu hari bersalin. Aku sangat teruja bila melihat situasi di Klinik Kesihatan Sentul. Terletak di tingkat 2 bangunan 3 tingkat, berhawa dingin dan paling seronok seawal jam 7.30 ...
Cinta Itu Indah...