Skip to main content

Dalam UjianNya


Jam 12 tengahari, tengah berbaring dengan penuh kemalasan, peluh terbit di dahi dan sedikit demi sedikit seluruh tubuh bermandi peluh. Perut memulas-mulas. Makin lama semakin tak best aku rasa. Aku terus bangunkan en suami yang sedang tido (kerja shift ptg). Ahh sudah!! Nak beranak ke ni?? En suami suruh aku bersiap-siap. Lompat masuk kereta, en suami terus memecut kereta ke Hospital Bersalin HKL. Buat pendaftaran bagai. Cek urine dan tunggu giliran untuk diperiksa oleh doc.

Dengan perut yang asyik disentak-sentak aku sabar menuggu. Akhirnya nama ku dipanggil. Doc merekod beberapa maklumat dan merujuk daripada buku merah (pink). - Kene bebel dengan doc HKL sebab maklumat dalam buku merah tak berapa lengkap. Kemudian doc membuat pemeriksaan fizikal dan bab yang paling menakutkan waktu doc memeriksa dan menyeluk di bahagian bawah. Waaa!! Sakit hingga mengalirkan air mata ok... dan aku kene marah sebab angkat punggung waktu dia sedang periksa. Aku terkejut sebenarnya.. Hohoho.. Sebenarnya itu prosedur untuk cek bukaan rahim. Selepas diperiksa doc bgtahu bukaan belum ada dan aku disuruh CTG Scan.

Pada mulanya semuanya normal. Bacaan pergerakan jantung baby dan contraction dalam graf ok. Tiba-tiba nurse dan beberapa orang doc datang memeriksa bacaan graf dan aku melihat mereka seakan-akan kelam kabut. Aku disuruh menuggu lagi sementara mereka cuba mencari dan mendapatkan pakar untuk merujuk bacaan graf tersebut. Aku dengar mereka berbincang dengan serius. Yang dapat aku tangkap dalam perbualan mereka ialah prepare untuk OT dan refer specialist. Aku dah mengigil menggigil bila dengar perbualan mereka. Ade masalah ke??

Kemudian salah seorang daripada doc tersebut keluar dengan tergesa-gesa mendapatkan doc pakar. Lima minit kemudian dia datang semula dan mengarahkan nurse supaya aku dimasukkan air dan melakukan semula CTG Scan tersebut. Hadoii.. dah laa sakit kene seluk tadi.. ni tambah kena cucuk untuk masuk air. Tak best betul. Tapi demi baby dalam kandungan aku rela. Dengan muka yang terpaksa aku rela dicucuk sambil bersabar untuk di scan semula.
Alhamdulillah.. bacaan graf menunjukkan keadaan kembali normal. Nurse berseloroh, lepas masuk air baru ok, baby haus agaknye.. aku terus menghela nafas lega. Setelah diperiksa oleh doc pakar, doc bersetuju aku
 di discharge ptg itu dan dibekalkan ubat antibiotik sebab urine aku menunjukkan keton+1. Kencing kotor. Sebab kurang air.

Aku keluar dari hospital dengan senang hati. En suami terus usap-usap perut sambil berbual dengan baby. "Adik jangan buat macam ni lagi tau. Risau mama dan papa.."

*Petang itu aku benar-benar dalam ujianNya...Semoga semuanya baik-baik saja...*



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu

Tiada Lagi

08.12.2014 - 08.05.2015 Genap 5 bulan pemergian atok yang disayangi. Hingga kini, aku masih terasa kehilangan atok. Di sudut katil, masih tercari-cari bayang atok berbaring menanti anak cucu pulang balik ke kampung. Masih terngiang-ngiang dia riuh memanggil anak cucu. Sedari kecil kami anak cucu dibesarkan dengan kasih sayang atok. Walaupun dia 'garang', tapi atok tetap manjakan anak cucu dia. Nak apa, minta saja, pasti dia tunaikan. Kaki tua yang sering bengkak, tetap diteruskan mengayuh basikal ke Pekan Semenyih semata mencari apa yang kami mahu. Asal anak cucu gembira dan tetap di depan mata. Ya, hingga ke saat ini, anak cucu atok rindukan atok. Semoga atok ditempatkan dikalangan insan-insan yang beramal soleh. Alfatihah untuk allahyarham Sulaiman Bin Deli.

0ffiallly engaged..♥‿♥

~aku bahagia~ ♥‿♥ aku gembira.. ♥‿♥ gadis manis yg manja ♥‿♥  dari kekasih kepada kekasih ~Norezuwan ♥♥ Yusmalaily~