Skip to main content

Kenangan Itu


Kadang-kadang apabila duduk sendiri teringat zaman-zaman muda remaja dulu. Sentiasa happy. Langsung tidak fikir apa-apa masalah. Enjoy dengan teman-teman. Tapi bila masa kian bergerak, semua sudah dewasa dan masing-masing ada tanggungjawab, semuanya berubah. 
Teman-teman yang sentiasa disisi mula menjauhkan diri. Seorang demi seorang. Lebih-lebih lagi sewaktu aku mula berbadan dua. Semua menghilang. Janji teman sejati sehidup semati tidak lagi aku dengar di halwa telinga. Semuanya hilang bagai angin lalu. Entah kenapa aku benar-benar terasa sepi. Sewaktu bergembira bersama, semuanya indah. Sewaktu aku hilang upaya untuk bergembira, semuanya menjauh. Dalam hati tertanya, susah ke berteman dengan orang berbadan dua? Adakah begitu menyusahkan? Mungkin bagi mereka aku ni akan membebankan mereka sewaktu masa-masa mereka bergembira. Aku diperlukan hanya untuk pilihan-pilihan yang terakhir...

Bagi aku, cukuplah aku hilang seorang teman yang dulu pernah sama-sama merasa pahit manis hidup bergembira. Bila ianya berulang kembali terasa pedih hati bila diabaikan oleh teman yang pernah sehidup semati sejiwa.. Biarlah kenangan itu aku simpan jauh dilubuk hatiku yang paling dalam. Semoga mereka akan sentiasa bahagia dan gembira dengan cara mereka. Biarlah aku dilupakan jika itu yang terbaik. Aku di sini tetap sama seperti dulu..Aku tetap aku yang masih lagi merindui kenangan lalu..


*Kini aku akui pepatah lama "kawan gembira senang dicari, kawan dalam kesedihan semua larikan diri*


Comments

  1. mungkin sebab semuanya sudah berkeluarga jadinya masa & priority keutamaan diberikan pada suami / keluarga dulu. Jika dulu zaman muda remaja, zaman huha huha yelaa semua dgn kwn2 tapi sekarang kan dah lain. Klau kwn kite single mungkin dia segan nk kacau life kita as wifey ni kot.. ni my personal opinion k yun :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula ayn.. yun pun fkr mcm tu jgk..tp bila lngsng x bertegur sapa rasa weird jgk.. kite ade slh apa-apa ke? sbb sblm ni semuanya ok je.. since yun dh kawen semua jauhkan diri.. haih... maybe bg dorg kite yg dh kawen ni x sesuai utk join dorg..

      Delete
  2. lebih baik jalani hidup ni dengan jalan yang da ditetapkan oleh Allah SWT..Andai tuhan da tulis,persabahatan kita hanya setakat itu sahaja..kita kena lah redha..
    Hati org lain2..maybe dia xrasa ape kita rasa..so SABAR je lah..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. itu lah sebaiknya.. aku nk jd anak yg baik..isteri yang taat dan mama yg penyayang untuk keluarga aku dulu.. family first.. yang lain terpulang pada pada hati manusia itu sendiri..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu

Tiada Lagi

08.12.2014 - 08.05.2015 Genap 5 bulan pemergian atok yang disayangi. Hingga kini, aku masih terasa kehilangan atok. Di sudut katil, masih tercari-cari bayang atok berbaring menanti anak cucu pulang balik ke kampung. Masih terngiang-ngiang dia riuh memanggil anak cucu. Sedari kecil kami anak cucu dibesarkan dengan kasih sayang atok. Walaupun dia 'garang', tapi atok tetap manjakan anak cucu dia. Nak apa, minta saja, pasti dia tunaikan. Kaki tua yang sering bengkak, tetap diteruskan mengayuh basikal ke Pekan Semenyih semata mencari apa yang kami mahu. Asal anak cucu gembira dan tetap di depan mata. Ya, hingga ke saat ini, anak cucu atok rindukan atok. Semoga atok ditempatkan dikalangan insan-insan yang beramal soleh. Alfatihah untuk allahyarham Sulaiman Bin Deli.

0ffiallly engaged..♥‿♥

~aku bahagia~ ♥‿♥ aku gembira.. ♥‿♥ gadis manis yg manja ♥‿♥  dari kekasih kepada kekasih ~Norezuwan ♥♥ Yusmalaily~