Alhamdulillah, hari ini anak kesayangan mama Putri NurNazurah Qistina Binti Norezuwan berusia sebulan. En suami cuti. Jadi aku tidak keseorangan. Seawal pagi kami sudah berada di KK Kajang untuk pemeriksaan dan mengambil injection untuk baby usia sebulan. Putri tidur nyenyak dan sangat 'behave'. Tapi bila klinik sudah packed, Putri tunjukkan tanda-tanda tidak selesa dan mula meragam. Oh, jangan la adik buat hal waktu-waktu macam ni. Puas nak pujuk nanti.Nurse panggil nama aku untuk pemeriksaan air kencing dan kepekatan darah di makmal. Selesai, nombor giliran dipanggil dan aku terus ke bilik pemeriksaan nurse. Berat, ketinggian/panjang dan ukur lilit kepala putri di ambil. (4.0kg, 54cm, 37cm) Alhamdulillah, anak mama sihat walafiat. Nurse merekod beberapa maklumat dan menyuruh aku berjumpa dengan doc. Selesai, aku ke bilik doc dan doc berpuas hati dengan rekod kesihatan putri. Doc berikan krim untuk ruam susu yang memenuhi muka dan badan Putri. Kemudian ak...
Cinta Itu Indah...