Skip to main content

1# Putri NurNazurah Qistina


Bangun pagi hari Jumaat 30/03/2012 perut memulas-mulas. Gagahkan juga untuk bangun dan naik mandi di tingkat atas. Ingat sakit perut biasa. Tapi waktu nak sarapan tiba-tiba ade rasa macam sesuatu keluar dibawah. Ehh aku terkencing ke??. Ahh sudah! Aku berlari ke bilik air dan melihat ada lendir dan darah. Bergegas aku telefon mama mentua yang berada di kedai dan kami terus ke HKL.

Hujan yang turun pada Jumaat pagi membuatkan perjalanan ke HKL tak berapa lancar. Jalan sesak untuk masuk ke kawasan kecemasan wad bersalin HKL. Aku dh menangis-nangis dalam kereta menahan kesakitan. Adik ipar aku yang memandu kereta terus kelam kabut. Sakit yang ku rasakan tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata.

Tiba di PAC HKL tanpa mendaftar nurse terus mencapai fail aku yang sudah sedia ada (nurse cam muka aku) dan aku terus diperiksa oleh nurse yang membuat pemeriksaan fizikal. Doktor melakukan pemeriksaan di bahagian bukaan. Masih 1 cm tetapi contraction yang terlalu kuat buatkan doktor mengambil keputusan menghantar aku ke wad dengan segera dan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. En suami tiba dari tempat kerja dan terus iringi aku ke wad.

Sebaik aku ditolak masuk ke wad bersalin, contraction makin kuat. Aku menangis tersedu-sedu. En suami berusaha untuk menenangkan aku. Aku ditempatkan di Katil 16, Wad 1A. 2 orang nurse membawa CTG Scanner untuk memeriksa tahap contraction aku dan kadar denyutan jantung baby.

Aku tak mampu bertahan. Aku menangis dan terus menangis menahan kesakitan. En suami memegang tangan aku dan memberikan kata-kata semangat. Bacaan semakin tinggi, namun bukaan masih lagi 1cm. Doc hanya mampu suruh aku bertahan kerana bukaan belum sampai 4cm untuk aku dibawa ke Dewan Bersalin.

En suami terpaksa pulang untuk solat Jumaat dan mengambil beg-beg yang tetinggal dalam kereta. (Adik ipar aku cemas hingga terlupa untuk menurunkan beg aku dan baby). Mama mentua aku mengambil alih menjaga aku sementara en suami datang membawa barang-barang keperluan lain. Aku sudah keletihan. Tubuhku menggeletar tiap kali contraction berlaku. Nurse hanya mampu suruh aku bersabar dan banyak berdoa. Aku cuba menarik nafas sedalm-dalamnya dan cuba untuk fokus. Namun gagal.

Setelah diperiksa, bukaan masih lagi 1cm sejak 3 jam yang lalu, nurse menyuruh aku kembali ke katil dan mengambil makan tengahari kerana aku sudah terlalu lemah. Bimbang jika tiba waktu untuk bersalin aku sudah kehabisan tenaga. Namun, sesedap mana pun makanan itu, aku tak mampu lagi untuk merasai nikmat kesedapan itu. Kesakitan itu terlalu kuat. Tak tertanggung rasanya. Mama mentua aku cuba untuk mengurut/mengusap2 belakang badanku. Aku hanya mampu menitiskan air mata...

Selesai solat Jumaat, en suami datang membawa barang-barang keperluan. En suami menghantar mama mentua pulang dan kembali semula untuk menemani aku. Aku semakin tak keruan. Bukaan masih lagi 1cm hingga ke ptg. Doc mengatakan mungkin bukaan akan bertambah pada awal pagi atau petang esok. Waktu melawat sudah habis dan en suami terpaksa pulang. Dia turut gelisah melihat keadaan aku. Dia berjanji akan datang awal keesokan harinya untuk menemani aku lagi.

Malam itu bermulalah kesakitan yang maha hebat aku rasakan. Aku mencapai besi tepi katil dan menggenggamnya sekuat hati (hingga besi menjadi longgar) tiap kali aku merasakan contraction. 3 kali bukaan aku diperiksa oleh nurse dan doc. Masih lagi 1cm. Jam 7 pagi, bukaan sebanyak 2cm direkod. Waktu ini aku rasakan seperti pinggang mahu patah dan perut seakan memulas-mulas.

Ibu-ibu hamil yang lain hanya mampu memandang aku dari katil masing-masing kerana mereka juga kesakitan seperti aku. Jam 9 pagi doc melakukan rodaan untuk memeriksa pesakit, saat itu keadaan aku semakin sukar aku rasakan. Beberapa ayat suci Al-Quran aku baca dlm hati sambil menarik nafas dalam-dalam. Aku berdoa kepada Yang Maha Esa supaya permudahkanlah urusanku. Ketika bacaan contraction semakin  meningkat, nurse yang memeriksa aku memberitahu doc bahawa air ketuban aku sudah pecah dan memaksa doc memeriksa aku di bilik pemerhatian dengan segera kerana aku sudah kehabisan tenaga menahan sakit.

Bukaan aku sekali lagi diperiksa. Alhamdulillah sudah 4cm. Doc segera mengarahkan nurse supaya aku dibawa ke Dewan Bersalin dengan segera. Aku sempat menelefon en suami supaya segera datang menemani aku saat aku mahu melahirkan. Setibanya en suami di hospital, aku ditolak masuk ke Dewan Bersalin. Bermacam-macam perasaan aku rasakan saaat itu. En suami membisikkan kata-kata semangat dan mencium dahiku bertalu-talu. Seperti aku, dia juga gementar dan aku lihat wajahnya pucat.

Berada di bilik bersalin, aku semakin gementar dan ditambah contraction yang semakin kuat. Nurse menyuruh aku bertahan sehingga bukaan 10cm. Ahh!! Aku sudah kekurangan tenaga. Kesakitannya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.. Skali lagi en suami membisikkan ayat-ayat suci Al-Quran ke telingaku dan menenangkan aku. Aku lihat wajahnya yang sayu. Pasti dia kerisauan. Apabila nurse memeriksa bukaan sekali lagi, sudah 6cm dan nurse memberitahu supaya bersedia untuk meneran apabila disuruh. Kerana sudah nampak kepala baby. Tanpa disuruh aku terteran dan nurse menjerit supaya jangan meneran lagi kerana bukaan aku belum bersedia. Tetapi aku sudah tidak mampu untuk bertahan. Akhirnya nurse seramai 4 orang menjerit (menaikkan semangat) supaya aku meneran. Dah macam Pom-Pom Girl bersorak.

Cubaan pertama gagal. Aku tewas dengan nafas yang pendek. Cubaan kedua pun masih gagal. Akhirnya, aku menarik nafas sedalam-dalamnya dan meneran sekuat hati. Bloop!! Seperti satu benda panas keluar dari bawah dan kedengaran suara tangisan baby. Kesakitan yang aku rasakan hilang dalam sekelip mata. Nurse bertanya "Puan, baby apa puan?" Aku menjawab "Baby girl".

En suami mencium dahiku berkali-kali sambil mengucapkan syukur ke hadrat illahi. Dengan air mata bergenang di kolam mata, en suami berkata, "Terima kasih mama.. terima kasih mama.. baby kita dah lahir mama.. baby kita..." Aku hanya mampu tersenyum lemah dan mengganggukkan kepala.

Selepas baby dibersihkan, nurse meletakkan baby di atas perutku dan aku terus mencium ubun-ubun anakku. Mengalir air mataku. Ya Allah, begitu besar kuasaMu.. Anak yang kukandung 9 bulan akhirnya berada dalam dakapanku...

*Aku sudah jadi Mama!!*


Comments

  1. Maha Suci Allah :)
    TAHNIAH, Awak dah berjaya bergelar mama!
    Bukan calang-calang orang yang mampu lakukannya ;)

    Now, yun pun dah ade pengalaman sendiri
    Bestkan?
    Hihihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ayn..
      yup.. pengalamam plg berharga yg yun pernah alami...
      syukur semuanya baik2 saja..

      Delete
  2. Alhamdulillah..kesakitan yang xdapat nak bagitau macam mane sakitnya..
    Hanya kita dan tuhan je yang tahu..
    so next production?
    hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nest production? hee.. tunggu putri 2-3 thn dl laa.. kasi can manja2 ngan mama papa die..

      Delete
  3. Baru sempat baca. Alhamdulillah dan tahniah.
    Bab pom pom girl tu memang betul. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih singgah sini.. kalau org yg tak biasa dgr mesti rasa nurse tu tengking-tengking. tp itu la sebenarnya pembakar semangat ibu-ibu untuk terus berjuang.. hehe..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu

Tiada Lagi

08.12.2014 - 08.05.2015 Genap 5 bulan pemergian atok yang disayangi. Hingga kini, aku masih terasa kehilangan atok. Di sudut katil, masih tercari-cari bayang atok berbaring menanti anak cucu pulang balik ke kampung. Masih terngiang-ngiang dia riuh memanggil anak cucu. Sedari kecil kami anak cucu dibesarkan dengan kasih sayang atok. Walaupun dia 'garang', tapi atok tetap manjakan anak cucu dia. Nak apa, minta saja, pasti dia tunaikan. Kaki tua yang sering bengkak, tetap diteruskan mengayuh basikal ke Pekan Semenyih semata mencari apa yang kami mahu. Asal anak cucu gembira dan tetap di depan mata. Ya, hingga ke saat ini, anak cucu atok rindukan atok. Semoga atok ditempatkan dikalangan insan-insan yang beramal soleh. Alfatihah untuk allahyarham Sulaiman Bin Deli.

0ffiallly engaged..♥‿♥

~aku bahagia~ ♥‿♥ aku gembira.. ♥‿♥ gadis manis yg manja ♥‿♥  dari kekasih kepada kekasih ~Norezuwan ♥♥ Yusmalaily~