Skip to main content

Jalan-jalan Hari Minggu


Semalam bertempat di Speedtrack Highway USJ telah diadakan Selangor Motor Race anjuran Kerajaan Negeri Selangor. Cuti hari minggu, en suami nak tengok perlumbaan motor di track, tak masuk pun, sebab motor dah tak ada dan bila ada motor sponsor, lesen lumba dia pulak dah mati. Lupa nak hidupkan. (Kes dah lama tak layan meleper di track..) Jadi kami datang sekadar bagi sokongan kepada event yang dijalankan. Ramai juga anak-anak muda yang hadir. Teruja tengok perlumbaan moto depan mata. Walaupun event tersebut tak segah event yang dibuat di track Sepang (contoh), sekurang-kurangnya penganjur telah memberi peluang kepada pelumba-pelumba menunjukkan bakat mereka di jalan yang benar (dalam track..) dengan kadar bayaran yang mampu disertai..

Demi tak nak kena tinggal kat rumah, aku bangun pagi-pagi mandikan Putri dan bersiap-siap nak ikut en suami. Malam sebelum tu aku dah bagitahu siap-siap kat en suami, aku dan Putri nak ikut esok. Tak mau dok rumah.. hehehe... Macam biasa, masuk kereta, bukak aircond Putri terus lelapkan mata. Hahaha... pantang betul kene aircond, sedap la dia bantai tido balik. Lagi-lagi dok 'kopek' susu mama dia kan..

Sampai sana cuaca mendung. Ok la. Tak panas, jadi sure Putri tak meragam. Harapan ajela.. cuaca mendung tapi angin panas buat ruam Putri kembali memerah. Haa..mengamok la cik Putri kita tu.. abeh digaru-garunya pipi dia.. Tak selesa.. Bila dia mengamuk, selalunya papa dia la tukang pujuk. Dengan mama tak jalan. Dia tau kalau dengan mama, mesti dapat 'kopek'. Public dengan budak-budak moto, tak ada tempat untuk aku susukan Putri.Jadi terpaksa susukan dalam kereta (nasib parking tak jauh) Lepas susu macam biasa bantai poopoo.. Hmm... tu ajelah kejenya.. Hahaha...

layan aircond laa!!
sempat nek podium.. huhuhu..
comel la!!
saje posing..

papa kejam..adek nk jgk!!


Jam 2.00 ptg perlumbaan bermula. Dapat tengok sekejap aje. Putri dah mengamuk. Terpaksa balik dulu. Lepas tu singgah SACC Mall Shah Alam, makan kat Noodle Station. Putri mengamuk lagi walaupun duduk dalam aircond. Mengamuk nak tido la tu. Papa pujuk pun tak jalan. Nak jugak bobok dengan mama dia. Aku makan laju-laju lepas tu terus take over Putri. En suami nak makan pula. Nasib baik dengan aku Putri terus lena. Hushhh... Macam ini la ada anak kecik.. Nak berjalan sakan pun dah tak boleh macam dulu... Hihihi...


*dalam pantang pun gigih lagi nak berjalan..mak pesan jalan boleh..tapi elok-elok, jangan berkeras sangat..huhuhu...*





Comments

  1. hahaha...baru hang tau camna ada anak kecik? "gaya emak2 bercakap"
    kihkihkih...
    mulai skang,makan kena ganti2..xbleh da makan sekali cam dulu2...
    xbleh da nk romantik2..kihkihkihkih..
    tapi PASTINYA saat ini adalah saat PALING INDAH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. dh taw dh.. ade anak kecik ni mencabar..huhuhu... sonok kn bawak bb kuar jln2.. bangga aje.. aku ade bb comel.. hihihi.. sume org nk tgk.. nk cuti2 pipi... hahaha... tgk plk mama die kn.. huhuhu...

      Delete
    2. kihkihkih...aku pun suka gila dpt jalan..sbb dulu teringin nak tolak stroller..bila da ada anak ni,hdung kembang kempis tolak stroller..bangga gila..hahaha..wktu mula2 r..skng rasa malas da nk tolak stroller..hehehe..

      Delete
    3. hahaha... yg tolak sure la zuwan.. aku prefer dukung sbb dpt peluk die.. tp ni dh makin sehat badannye..aku yg pitam nk dukung bile die merengek.. huhu...

      Delete
  2. hati² bawa baby kat tempat awam...antibodi dia belum kuat, persekitaran org asing, kita taktau entah virus apa yang disebarkan.

    tapi... inilah rasa bila ada baby....bahagia kita rasa hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh.. btl kt kak jie.. maseh kak sbb remind saye..

      yup..rasa sangat bahagia kan kak... rasa bsyukur sangat dpt peluang jd seorang mak.. intan x nk adek ke?? hee..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Pennzoil - Ride It Right Putrajaya

 29/05/2011 Pennzoil Shah Alam telah mengadakan Konvoi Ride It Right sempena Cubprix 2011 di Putrajaya. En. suami dah mencari beberapa name untuk join aktiviti ni. Dalam 40 buah motor telah terlibat dalam konvoi anjuran Pennzoil ini. Bagi SBRC yang dh lame menceburi aktiviti konvoi ni tiada masalah. Untuk yang baru menyertainya, mereka amat teruja!!. Can see on their face.. hehehe..  En. suami ditugaskan sebagai 'marshal'. Oh my, We will be leading this convoy!! Sure, I', so excited. They also!! Tak banyak gambar yang dapat aku klik. Sbb utama ialah keselamatan aku dan encik suami serta mereka yang dibelakang.  Takkan aku suka-suka nak lepaskan tangan untuk klik sana sini. Biar mereka yang mahir melakukannya. Hehehe.. lg pun photo banyak di klik oleh bro Ruzzm Belang. Nice shoot bro!! berkumpul sebelum bertolak.. MILO dulu!! berkonvoi menuju destinasi.. mencari parking.. baru sampai.. panas woo!! nice bike.. dream for riding this bikes.. souve...