Skip to main content

Mama..

saat Putri selepas dilahirkan

Masih teringat-ingat waktu sakit nak bersalin. Biar pun apa pun keadaan waktu itu, aku betul-betul teruja nak menatap wajah baby dlm kandunganku. Saat baby itu lahir ke dunia, perasaan aku sukar untuk digambarkan. Betapa aku ibu yang bertuah dalam dunia ini. Aku berjaya menempuh saat-saat getir seorang ibu melahirkan zuriat yang dikandung selama 9 bulan.Tidak semua mampu merasai nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Pertama kali mendakap baby yang baru aku lahirkan tanpa dipinta air mata merembes keluar. Betapa aku bersyukur. Aku adalah seorang ibu kini. Pelengkap kehidupan aku bersama en suami. Cahaya cinta kami berdua. Wajah polos anakku ku tatap. Allah maha berkuasa, tatkala aku melihat wajahnya terbit rasa sayang dan cintaku pada anakku. Betapa aku terlalu menyayanginya dan sungguh aku benar-benar jatuh sayang padanya.

Kisah ibu yang mendera anaknya yang hangat diperkatakan di media cetak, elektronik dan sebagainya membuatkan hati aku bertambah sayang pada anakku. Ingin aku menjaga dan melindunginya daripada disakiti..menyayanginya tanpa jemu dan mengasihinya dengan sepenuh hati.. Kes itu membuatkan aku beringat supaya jadikan ia sebagai pengajaran. Anak adalah anugerah Allah S.W.T. Amanah yang harus kita pikul hingga ke akhirat kelak.

Sungguh sedih dan hiba hatiku saat melihat anak sekecil itu disakiti ibunya. Biarpun keadaan itu disebabkan ibunya kurang sihat, tetapi kesakitan anak itu membuatkan hati aku sangat pilu. Mendengarkan tangisannya yang sayu.. Tidak mampu aku bayangkan keadaannya ketika itu. Sekejam mana pun dia, dia tetap ibu kepada anak kecil itu. Doaku semoga ibunya kembali sihat dan anak itu dilindungi oleh Allah S.W.T.. Hanya Allah S.W.T sahaja yang layak menghitungya..

Aku tak mampu melihat vid yang dirakam, terus aku tutup dan dakap anakku Putri..tangisku sambil berdoa supaya Allah S.W.T jadikan aku seorang mama yang penyayang, pengasih dan sentiasa menjadi mama yang terbaik buat anakku Putri Nurnazurah Qistina..

Kesakitan, keperitan mengandungkan mu selama sembilan bulan  dan saat melahirkan tak ternilai dengan kasih sayang mama pada mu..Putri ku sayang...


*semoga kejadian itu membawa pengajaran terbaik buat insan-insan bergelar ibu*




Comments

Popular posts from this blog

ABAH | Part 1

Tak pernah aku bayang atau mimpi akan secepat ini kami akan berpisah. Semua yang berlaku sekelip mata. Hingga kini, aku masih terasa rasa abah masih di sisi.. Masih terngiang-ngiang suara dia. Terbau-bau haruman dia. Kau bayangkan, tadi elok kau bercakap dengan dia. Sihat orang tua.. Lenguh-lenguh sendi. Keletihan. Tiba-tiba kau hanya merenung jasad yang kaku. Allah.. Allah..Allah.. aku tak percaya. Tak mungkin... Tapi air mata ni mengalir bagai tak mahu berhenti. Hati ni remuk.  Petang 14hb Mac 2021, aku balik dari Sentul, nak hantar buah Sukun, kiriman mama Som. Abah mesti suka. Aku cakap dengan papa Zuwan, pa singgah rumah mak terus. Elok sampai, azan Maghrib. Terus siap-siap solat jemaah dengan abah dan papa Zuwan. Macam biasa, Abah imamkan.  Mak dah siap solat. Jaga budak-budak ni kejap. Selesai Maghrib aku siap nak balik. Esok budak-budak sekolah. Abah lama berteleku di sejadah. tak memandang ke belakang.  Aku kemas-kemas barang, abah panggil. Katanya dia semput. Ma...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Ujian 2016

Update : 3 TAHUN BARU AKU POST. (SIMPAN DALAM DRAFT) Ujian buat kami sekeluarga. Baby Muhammad baru 26 hari, kene tahan wad sebab penurunan berat badan. Tambahan badan dia tiba-tiba panas 38'C. Asalnya ada check up untuk scan spine dia. Tapi ke lain jadinya. Sedih mak.. Dah la dalam pantang, kene masuk wad dok spital balik. Menjaga baby Muhammad, kene naikkan berat badan dia balik dan kes dia ada alahan susu lembu, muka dan badan dia naik ruam. Habis satu muka merah. Lapan hari Muhammad di tahan di Wad NICU Hospital Kajang. Selama itulah papa Zuwan datang jaga kami. Pagi petang datang bawa keperluan dan tolong jagakan baby Muhammad waktu melawat. Pelawat selain ibu/bapa tidak dibenarkan masuk. Sebab banyak baby yang tidak sihat, jadi untuk elakkan sebarang jangkitan kuman, pelawat biasa tidak dibenarkan melawat. 8 hari itulah macam-macam yang aku rasa. Sedih, rindu dan segalanya kat anak (kakak Putri & papa Zuwan) Hilang pantang aku bila kene ke hulu ke hilir jaga baby ...