Web Analytics

Nuffnang

Friday, May 4, 2012

New Headband


Ni kes pantang tengok anak orang comel, nak juga kasi anak kita comel kan.. Mak aku sibuk cerita cucu jiran taman aku tu comel pakai headband masa kenduri aqiqah dia. Dengan pantas aku menggoogle mana nak beli headband online memandangkan aku tak boleh nak pergi shopping kan. Nak harap en suami, karang dibelinya getah sayur kat pasar. Naya je.. Hehehe...

Sekali jumpe blog ni ohbabygirlboutique. Buat aku teruja dan tanpa berlengah terus mengorder dengan pantas. Huhuhu... Tadi parcel sampai, dengan rakus aku terus bukak bungkusan. Tada!!!


Comelkan!!

En suami pun sukakannya.. Dia yang tukang pilih warna. Kalau aku, aku order abeh semua pink nanti.. hehehe...

*tak sabar nk tunggu majlis aqiqah putri nanti...tengah survey-survey apa yang patut..*


No comments:

Post a Comment