Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

it just..mmm...

Tak ada yang menarik untuk diceritakan minggu ni...  semuanya suram..semuanya kelabu...  hanya Putri dan en. suami peneman sunyi..  merekalah si jantung hati.. nyawa hidup ku.. setiap hari hanya Putri di fikiran mama.. setiap hari hanya putri di jiwa mama.. gerimis di petang selasa.. buat hati mama berkocak.. semoga kita sentiasa bahagia gembira dalam lindunganNya... mama sayang Putri & Papa.. she's so cute!! she's so adorable!!

Seharian di spital...

 13-06-2012 Balik kerja aku tengok dia dah menggigil-gigil.. makan pun tak selera. Siap-siap terus aku bawa en suami ke klinik. Doc check suhu badan en suami..39 c dan dia arahkan aku bawa en suami terus ke hospital. Tanpa melengah, singgah rumah kaklong, minta jaga Putri kejap.  Aku terus memecut ke Hospital Kajang. Setibanya di hospital, buat pendaftaran/saringan pertama kemudian terus tunggu giliran untuk saringan kedua. MA yang bertugas membuat pemeriksaan fizikal. Kemudian tunggu lagi untuk pemeriksaan oleh doc. (Nasib semuanya berjalan dengan lancar) Lima minit menunggu, nombor naik terus masuk bilik jumpa doc. Aku masuk skali sbb risau keadaan en suami. Doc tanya mcm-mcm..en suami jawab pun blur-blur aje. Lepas tu buat pemeriksaan kesihatan. Doc suspek denggi. Doc suruh bawa ke bahagian x-ray dan cek urine. Lepas tu doc masukkan air dan suruh tunggu result.  Jam 10.00 malam doc bagitahu result. Alhamdulillah semuanya baik-baik saja.. Jantung, paru-paru dan...

Musim Demam!!

Sudah 2 minggu aku, en suami dan  cik Putri batuk-selsema. Hari ni en suami demam balik. Atok start batuk, lepas tu nenek, lepas tu n suami kendian cik Putri dan aku orang terakhir dijangkitkan. Habis satu rumah terkena virus. Lepas tu sebarkan kat rumah sebelah (Kaklong & Husna pulak yang demam..) Dah berapa malam tak lena tidur. Putri batuk..aku batuk..en suami batuk.. aduhhh.... sendi-sendi makin sakit.. Dada terasa semput.. mcmana la cik Putri rasa kan?? Kene makan supplement laa nampaknya untuk tambahkan kecergasan...   *Semoga kami dilindungi oleh-Nya dari penyakit-penyakit merbahaya...*

Aqiqah & Majlis Kesyukuran Untuk Anakanda

Syukur alhamdulillah... Majlis Aqiqah & Kesyukuran anakanda ku Putri Nurnazurah  Qistina telah selesai.. berjalan dengan baik.. Terima kasih kepada kaum keluarga & sahabat handai yang sudi hadir memeriahkan majlis.. Selesai tugas mama & papa Aqiqahkan untuk Putri.. bunting utk Putri.. Putri & Makngah Putri & Atok Din Sentul Putri & Mama.. Papa mane?? hehehe... Jaz.. kawan blog sheisjaz yang sudi hadir... Thanks babe.. akhirnya Putri tertido kepenatan... *bangga mama org puji anak mama comel dan cantik dlm majlis tu..*

Sibuk

Seminggu ni agak sibuk nak uruskan kenduri pada hari Ahad nanti? Ehh.. kan dah kahwin.. kenduri apa lagi?? Hehehe... kenduri untuk  anak dara mama laa ...Cik Putri Nurnazurah Qistina.. InsyaAllah..Ahad 10.06.2012 akan diadakan Majlis Aqiqah dan Kesyukuran. Semoga semuanya berjalan dengan lancar... Teman-teman dan saudara mara dijemput hadir untuk lagi memeriahkan majlis untuk si kecil manja mama & papa ni... Listkan lauk pauk nak di masak...Goodie bag untuk tetamu.. harap-harap anak manja mama tu nanti tak meragam.. dah 2-3 hari batuk selsema.. semalam bawak ke klinik, doc bekalkan ubat batuk. Hurmm.. pagi tadi batuk dia makin kuat dan bunyi kahak sekali... sian anak mama... en suami dh susah hati.. anak manja dia x berapa nak sihat.. =( *Putri nak tumbuh gigi dah??*

Jalan-jalan Johor

Khamis lepas kami sekeluarga (abah, mak, aku, en suami (driver) dan Putri) bertolak dari Kajang jam 6.30 ptg menuju ke Parit Sulong Johor.Aku dan en suami ambil cuti 2 hari (Khamis dan Jumaat) Memenuhi jemputan kahwin sepupu aku. Pakcik minta abah jadi saksi sewaktu akad nikah nanti.  Perjalanan waktu malam memerlukan ketelitian dan penuh hati-hati. Lori treler dan bas melaju di lebuhraya. Amat menakutkan. Beberapa kali kami dihimpit oleh treler dan bas. Hampir-hampir terbabas. Menjerit hingga sakit tekak.. Mengucap panjang aku.. Jam 10.30 malam kami selamat tiba di sana. Syukur Alhamdulillah..  Pakcik sewa sebuah rumah tumpangan untuk kami bermalam hingga Sabtu. Selesai berkemas barang-barang yang penuh boot kereta, letak kepala di bantal terus semua dibuai lena.. Putri yang keletihan sepanjang malam di dalam kereta turut lena. Sesekali terbangun untuk menyusu. Majlis akad nikah dijalankan selepas solat Jumaat. abah jadi saksi.. selesai akad nikah.. nyen...