Khamis lepas kami sekeluarga (abah, mak, aku, en suami (driver) dan Putri) bertolak dari Kajang jam 6.30 ptg menuju ke Parit Sulong Johor.Aku dan en suami ambil cuti 2 hari (Khamis dan Jumaat) Memenuhi jemputan kahwin sepupu aku. Pakcik minta abah jadi saksi sewaktu akad nikah nanti. Perjalanan waktu malam memerlukan ketelitian dan penuh hati-hati. Lori treler dan bas melaju di lebuhraya. Amat menakutkan. Beberapa kali kami dihimpit oleh treler dan bas. Hampir-hampir terbabas. Menjerit hingga sakit tekak.. Mengucap panjang aku.. Jam 10.30 malam kami selamat tiba di sana. Syukur Alhamdulillah..
Pakcik sewa sebuah rumah tumpangan untuk kami bermalam hingga Sabtu. Selesai berkemas barang-barang yang penuh boot kereta, letak kepala di bantal terus semua dibuai lena.. Putri yang keletihan sepanjang malam di dalam kereta turut lena. Sesekali terbangun untuk menyusu.
Majlis akad nikah dijalankan selepas solat Jumaat.
abah jadi saksi.. |
selesai akad nikah.. |
nyenyak tido.. |
Selesai kenduri hari Sabtu, kami bertolak balik ke Kajang jam 4.00 petang. Singgah di RnR Pagoh. Layan Mee Rebus dan aku beli buah tangan sikit untuk orang Kajang. Nenas, Jambu Madu dan Buah Delima. Enak!!
*seronok jumpa saudara mara di rumah pakcik.. 3 tahun sekali datang..itu pun kalau ada kenduri..hehehe*
Comments
Post a Comment