Skip to main content

Tak ada mood


En boss arahkan ke Pejabat Hasil LHDN di Hentian Kajang, buat duty stamp untuk tender. Demi ofis 'tercinta' sanggup pusing lima kali kat hentian tu cari parking!! Naik atas tingkat 3 isi borang dan ambil no. Tak sempat duduk, no naik terus ke kaunter 5. Settle dengan kaunter 5, kaunter 7 panggil untuk buat bayaran. Lepas tu tender tu ke bahagian kaunter 8. Tiba-tiba aku disergah budak kat kaunter 8. 

"Kenapa puan tak tanda/kelepet muka surat yang puan nk stamp kan??!!"
(Dengan nada suara yang tinggi)
 Aku yang terkejut terpinga-pinga. 
"Haa???? Errr...nak tanda macam mana? Kat bahagian mana?"
"Ni semua tender ni, kenapa tak tanda!!"
"Err...saya tak tahu.." (muka tahan malu kene sergah)
Tiba-tiba akak kaunter 7 tadi bersuara, puan kene tandakan mana-mana muka surat yang puan nak stamping kan", balas akak tu lembut.

 Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala. Terus kelepet bucu tepi tender tu - kat tempat nak stamping (walaupun sebenarnya aku tak tahu nak kelepet kat mana..) Dalam hati geram aje dgn budak kaunter 8 tadi. Cakap baik-baik tak boleh ke?? Aku bukan pekak. Dah la tak tahu apa benda, tiba-tiba kena sergah. Awak tu keje bhgn kaunter depan..boleh tak beradab dengan pelanggan. Stress macam mana pun kerja awak tu (tak sampai 10 orang pelanggan pun) dah itu memang kerja awak kan..Sume kerja pun stress dik oiii...

 Mcm aku kerja kat LHDN tu dan tau apa yang kene buat tak tak boleh buat pasal tender tu kannn!!! Sakit ati smpai petang ni tak abis.. Huh!!

*paling menyampah bila kita dah que panjang (jalan yang jem) tiba-tiba ade yang memotong sambil buat muka tak bersalah. Gerammm!!!!



Comments

  1. gomen memang mcm haremmmmmm.... servis zero! piagam pelanggan abah dia..muke mencuke sokmo..dtg bulan agknya..aku pnh terkena,bukan di LHDN tapi di Pej.Imigresen ..cakap volume tinggi mcm kita PEKAK..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann... tapi perangai nauzubillah...cubalah cari pekerja yang lemah lembut dan sopan santun mcm akak kaunter 7 tadi..sedap halwa telinga kita nak dgr dan rasa senang hati nak berurusan dengan diorang..

      p/s: kalau perempuan paham laa emo diorang.. ni lelaki.. aduhaiii...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu

Tiada Lagi

08.12.2014 - 08.05.2015 Genap 5 bulan pemergian atok yang disayangi. Hingga kini, aku masih terasa kehilangan atok. Di sudut katil, masih tercari-cari bayang atok berbaring menanti anak cucu pulang balik ke kampung. Masih terngiang-ngiang dia riuh memanggil anak cucu. Sedari kecil kami anak cucu dibesarkan dengan kasih sayang atok. Walaupun dia 'garang', tapi atok tetap manjakan anak cucu dia. Nak apa, minta saja, pasti dia tunaikan. Kaki tua yang sering bengkak, tetap diteruskan mengayuh basikal ke Pekan Semenyih semata mencari apa yang kami mahu. Asal anak cucu gembira dan tetap di depan mata. Ya, hingga ke saat ini, anak cucu atok rindukan atok. Semoga atok ditempatkan dikalangan insan-insan yang beramal soleh. Alfatihah untuk allahyarham Sulaiman Bin Deli.

0ffiallly engaged..♥‿♥

~aku bahagia~ ♥‿♥ aku gembira.. ♥‿♥ gadis manis yg manja ♥‿♥  dari kekasih kepada kekasih ~Norezuwan ♥♥ Yusmalaily~