Pagi Syawal beraya di kg atok di Semenyih. Petang raya balik ke Sentul. InsyaAllah kami sekeluarga akan pulang berhari raya di kg en suami di Sabak Bernam. Untuk kaum keluarga, jumpa di pagi raya ya dan buat teman-teman sesedih dan seketawa, jangan lupa datang beraya nanti. Juga untuk rakan blogger dikesempatan ini saya ingin menyusun 10 jari memohon maaf sekiranya terkasar bahasa dan salah silap sepanjang perkenalan kita di alam maya. Semoga Syawal kali ini memberi kebahagiaan dan kegembiraan untuk kita sekeluarga...
Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali. Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang. Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info. Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu...
Comments
Post a Comment