Skip to main content

Satu Tahun Sudah

Tarikh 31 Mac 2012, setahun yang lalu, jam 11.10 pagi, aku telah selamat melahirkan putri yang comel dan aku namakan Putri Nurnazurah Qistina. Cukup 9 bulan 10 hari dalam kandungan, satu hari satu malam aku bertarung nyawa melahirkan cinta hati aku dan en suami. Hilang segala kesakitan tatkala mendakap bayi yang keluar dari rahimku. Merenung raut suci anak yang ku sayangi buat air mata mengalir deras dari kelopak mata. Panas. Syukur ya Allah. Sungguh besar kekuasaanMu...

Pagi seawal jam 7 kami sudah bersiap-siap untuk sambut tetamu. Bukan ada kenduri kawin. Tapi meraikan my princess yang dah masuk umur satu tahun. Semua excited. Sebulan aku prepare untuk sambut majlis ulangtahun yang pertama cik Putri. Terima kasih pada keluarga Kajang & keluarga Sentul. Terutama mama Kalsom yang bertungkus lumus seawal jam 4 pagi untuk memasak juadah majlis. Sayang mama!! 

Untuk anak mama Putri Nurnazurah Qistina, semoga mnjadi anak yang solehah, anak yang baik, anak yang berjaya dunia dan akhirat. Akhir sekali semoga putri tak lupa untuk sedekahkan Al Fatihah untuk mama & papa bila kami tiada nanti...


alphabet flag dari khamjoedesign.

Candy buffet

cuppies from wondermilk.com

princess
trying to escape..

papa & putri
 
nak jalan-jalan..

excited!!

papa blow the candle on behalf.. hihihi...

hello kitty cake sponsored by makngah erik

potong cake!! yeay!!

peplum breast fees edition by bellaluna

tired already...

with nenek kajang

Terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir memeriahkan majllis dan untuk hadiah. Putri sangat suma kan mainan itu semua!! Yeay!!


Comments

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu

Tiada Lagi

08.12.2014 - 08.05.2015 Genap 5 bulan pemergian atok yang disayangi. Hingga kini, aku masih terasa kehilangan atok. Di sudut katil, masih tercari-cari bayang atok berbaring menanti anak cucu pulang balik ke kampung. Masih terngiang-ngiang dia riuh memanggil anak cucu. Sedari kecil kami anak cucu dibesarkan dengan kasih sayang atok. Walaupun dia 'garang', tapi atok tetap manjakan anak cucu dia. Nak apa, minta saja, pasti dia tunaikan. Kaki tua yang sering bengkak, tetap diteruskan mengayuh basikal ke Pekan Semenyih semata mencari apa yang kami mahu. Asal anak cucu gembira dan tetap di depan mata. Ya, hingga ke saat ini, anak cucu atok rindukan atok. Semoga atok ditempatkan dikalangan insan-insan yang beramal soleh. Alfatihah untuk allahyarham Sulaiman Bin Deli.

0ffiallly engaged..♥‿♥

~aku bahagia~ ♥‿♥ aku gembira.. ♥‿♥ gadis manis yg manja ♥‿♥  dari kekasih kepada kekasih ~Norezuwan ♥♥ Yusmalaily~