Skip to main content

Short Post..


 Short post? Really? Haa... aku ade banyak benda nak bebel.. dah lama gila tak berblog. Uruskan hal rumah, hal keluarga dan kerja menimbun. Ni pun aku gagahkan juga nak menaip kat blog. Selalu aku merepek kat twitter atau kat fb je pun..

Aku busy sebenarnya. Nak uruskan hal rumah (ehh bukan dah bagitahu ke tadi??) ahh pening....
Ke Pejabat Tanah Hulu Langat.. Ambil geran, proses nak pindak milik.. bla bla bla... 

Lepas tu sibuk pulak plan nak berholiday bersama family in law. Ke Redang kire ye... Hahaha... abes semua resort aku call nakkan the best price. Bertambah pening bila tengok rate yang ada. Tak paham..tak paham...


InsyaAllah Sabtu ni nak bawa dorang makan-makan di Red Wok Bangi.. Nanti kalau rajin aku review ye.. Ngeh ngeh ngeh.. Tak sabar nak berkorena sizzling steamboat.. Huhuhu...

Abeh camne nak kurus ni.. dah ramai complaint aku membesar dengan sihat.. Paling tak tahan orang tanya, ehh ada baby ye.. Terbeliak biji mata aku... Ehh dah kau kuat makan.. kuat juga la tumbesaran perut tu kan... huh!! Isk..isk.. perut dah tak nak kurus dah.. Ni semua salah nasi..lauk pauk dan jajan-jajan yang aku makan... Hish!!


Lepas tu ape ye.. hurmm.. ehh ni dah long post ni... Hishh... oklah, aku nak siapkan keje kat opis ni sebelum cuti hujung minggu. Sambil fikir balik ni nk kemas baju.. nak siapkan barang cik Putri..

Hurmm.. cite pasal cik putri, die dah ade aktiviti baru.. rock climbing.. Hahaha.. merepek.. taklah, dia minat panjat katil.. kerusi.. meja.. almari..

Ohh anak... sakit anak tekak mama jerit bila putri panjat itu ini.. mahu gugur jantung mama sayang...

Hah.. dah..dah.. nak off pc ni, nak siapkan apa yang patut.. bila rajin aku up la sedas dua story..

Assalamualaikum..






Comments

Popular posts from this blog

ABAH | Part 1

Tak pernah aku bayang atau mimpi akan secepat ini kami akan berpisah. Semua yang berlaku sekelip mata. Hingga kini, aku masih terasa rasa abah masih di sisi.. Masih terngiang-ngiang suara dia. Terbau-bau haruman dia. Kau bayangkan, tadi elok kau bercakap dengan dia. Sihat orang tua.. Lenguh-lenguh sendi. Keletihan. Tiba-tiba kau hanya merenung jasad yang kaku. Allah.. Allah..Allah.. aku tak percaya. Tak mungkin... Tapi air mata ni mengalir bagai tak mahu berhenti. Hati ni remuk.  Petang 14hb Mac 2021, aku balik dari Sentul, nak hantar buah Sukun, kiriman mama Som. Abah mesti suka. Aku cakap dengan papa Zuwan, pa singgah rumah mak terus. Elok sampai, azan Maghrib. Terus siap-siap solat jemaah dengan abah dan papa Zuwan. Macam biasa, Abah imamkan.  Mak dah siap solat. Jaga budak-budak ni kejap. Selesai Maghrib aku siap nak balik. Esok budak-budak sekolah. Abah lama berteleku di sejadah. tak memandang ke belakang.  Aku kemas-kemas barang, abah panggil. Katanya dia semput. Ma...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Ujian 2016

Update : 3 TAHUN BARU AKU POST. (SIMPAN DALAM DRAFT) Ujian buat kami sekeluarga. Baby Muhammad baru 26 hari, kene tahan wad sebab penurunan berat badan. Tambahan badan dia tiba-tiba panas 38'C. Asalnya ada check up untuk scan spine dia. Tapi ke lain jadinya. Sedih mak.. Dah la dalam pantang, kene masuk wad dok spital balik. Menjaga baby Muhammad, kene naikkan berat badan dia balik dan kes dia ada alahan susu lembu, muka dan badan dia naik ruam. Habis satu muka merah. Lapan hari Muhammad di tahan di Wad NICU Hospital Kajang. Selama itulah papa Zuwan datang jaga kami. Pagi petang datang bawa keperluan dan tolong jagakan baby Muhammad waktu melawat. Pelawat selain ibu/bapa tidak dibenarkan masuk. Sebab banyak baby yang tidak sihat, jadi untuk elakkan sebarang jangkitan kuman, pelawat biasa tidak dibenarkan melawat. 8 hari itulah macam-macam yang aku rasa. Sedih, rindu dan segalanya kat anak (kakak Putri & papa Zuwan) Hilang pantang aku bila kene ke hulu ke hilir jaga baby ...