Skip to main content

My In Law


Malam Sabtu en suami belanja family Sentul di Red Wok Bangi. Ok tak dapat nak review macam yang aku cakap kat entri lepas sebab sampai saja Bangi terus ambil pinggan cedok sana sini terus ngap! Semua orang kebulur ok!! Tak sempat nak snap walau satu gambar.. Hahaha.. gila pelahap kan...

Lepas makan pakat adik beradik nak ke i City Shah Alam.. Hahaha..saja nak berjalan ke sana.. Kami sampai lebih kurang jam 9.30 malam. Dengan kereta Q dari jalan besar masuk ke i City sebab nak cari parking. Full house i City malam tu. Cuti sekolah kan...

Kecantikan lampu-lampu yang ada terlindung dek ribuan pengunjung. Sesak!! Adik ipar aku berhajat nak naik wheel beso tu, mula2 semua tak nak naik. Bila adik ipar aku bayar tiket untuk semua orang, dengan  paksa rela aku naik benda alah tu.. Adoiii...

Melangkah masuk dalam tu, kaki aku terus kaku. Tak bergerak macam kene paku kat situ. Duduk diam tengok lantai. Dalam hati semua bacaan ayat suci aku baca. Waaa!!! Menyesal naik!! Anak aku melalak2 nak peluk aku. Aku tak bergerak. Aku suh en suami pegang anak aku kuat-kuat. Sebab tingkap dia terbuka dan palang tu kecik saja. Anak kecil boleh lepas panjat palang tu ok!!

Rasa nak menangis tapi ku tahan juga.. Habis saja pusingan 360 darjah aku terus melompat keluar. Rupa-rupanya adik-adik ipar aku sempat tengok aksi aku kat atas tadi.. hampeh betul.. Diorang bantai gelak tak ingat punya...

Exclusive!!
 Dalam jam 11.00 kami turun ke bawah semula.

Abaikan kasut en suami tu.. kekekeke...












 Ahad kami ke kenduri di Langat. Kenduri kawan mama IL.

rayyan & putri main cak-cak..


 

Moogoo - Best for my Putri















Ada masa aku review product ni..

Comments

Popular posts from this blog

ABAH | Part 1

Tak pernah aku bayang atau mimpi akan secepat ini kami akan berpisah. Semua yang berlaku sekelip mata. Hingga kini, aku masih terasa rasa abah masih di sisi.. Masih terngiang-ngiang suara dia. Terbau-bau haruman dia. Kau bayangkan, tadi elok kau bercakap dengan dia. Sihat orang tua.. Lenguh-lenguh sendi. Keletihan. Tiba-tiba kau hanya merenung jasad yang kaku. Allah.. Allah..Allah.. aku tak percaya. Tak mungkin... Tapi air mata ni mengalir bagai tak mahu berhenti. Hati ni remuk.  Petang 14hb Mac 2021, aku balik dari Sentul, nak hantar buah Sukun, kiriman mama Som. Abah mesti suka. Aku cakap dengan papa Zuwan, pa singgah rumah mak terus. Elok sampai, azan Maghrib. Terus siap-siap solat jemaah dengan abah dan papa Zuwan. Macam biasa, Abah imamkan.  Mak dah siap solat. Jaga budak-budak ni kejap. Selesai Maghrib aku siap nak balik. Esok budak-budak sekolah. Abah lama berteleku di sejadah. tak memandang ke belakang.  Aku kemas-kemas barang, abah panggil. Katanya dia semput. Ma...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Ujian 2016

Update : 3 TAHUN BARU AKU POST. (SIMPAN DALAM DRAFT) Ujian buat kami sekeluarga. Baby Muhammad baru 26 hari, kene tahan wad sebab penurunan berat badan. Tambahan badan dia tiba-tiba panas 38'C. Asalnya ada check up untuk scan spine dia. Tapi ke lain jadinya. Sedih mak.. Dah la dalam pantang, kene masuk wad dok spital balik. Menjaga baby Muhammad, kene naikkan berat badan dia balik dan kes dia ada alahan susu lembu, muka dan badan dia naik ruam. Habis satu muka merah. Lapan hari Muhammad di tahan di Wad NICU Hospital Kajang. Selama itulah papa Zuwan datang jaga kami. Pagi petang datang bawa keperluan dan tolong jagakan baby Muhammad waktu melawat. Pelawat selain ibu/bapa tidak dibenarkan masuk. Sebab banyak baby yang tidak sihat, jadi untuk elakkan sebarang jangkitan kuman, pelawat biasa tidak dibenarkan melawat. 8 hari itulah macam-macam yang aku rasa. Sedih, rindu dan segalanya kat anak (kakak Putri & papa Zuwan) Hilang pantang aku bila kene ke hulu ke hilir jaga baby ...