Skip to main content

Semua sudah berubah...


Saat aku menaip entry ni, hati tak keruan. Sebak ada, nak nagis meraung ada. Bukan masalah besar, tapi bermulanya perubahan masa dan jadual kehidupan seharian aku sekeluarga. Hoi sedih gila kot hati aku ni. Mana taknya, sebelum ni aku duduk menumpang di rumah mak abah aku. Cik Putri kakak ipar aku ngasuh. Duduk sebelah rumah mak aku saja. Bila en suami kerja shift malam, dia boleh jenguk-jenguk Cik Putri kat rumah sebelah. Petang aku ambil Cik Putri sempat la dia main-main dengan papa dia sebelum papa dia pergi kerja.

Tapi kali ni rutin tu akan berubah. Kami dah duduk rumah sendiri. Dia pergi kerja petang aku masih lagi dalam perjalanan ambil Cik Putri dan pulang ke rumah kami. Selisih jalan. Papa dia tak dapat jumpa cik Putri la. Dia balik besok pagi, aku dan Cik Putri dah gerak ke rumah mak aku. Dah tak jumpa lagi. Rutin seminggu Putri tanpa papa dia.Macam mana lah agaknya Putri nanti ye. Celik mata bangun dari tido saja dah cari tanya papanya mana.. "PAPA..PAPA..PAPA..." :(

Pagi tadi sebelum bertolak pergi rumah mak aku, aku pesan pada en suami. Seminggu dia tak jumpa Cik Putri, terus muka dia berubah sayu. Di peluk cium Cik Putri yang lena di kerusi baby. Kalo aku dah melolong sedihnya.. Dia kata dia akan rindu Cik Putri nanti... Dah tak payah nak gedik sangat.. Janji en suami pergi balik kerja dengan selamat.. Semoga Allah melindungi papa Putri..

Tak apalah, waktu papa dia rehat nanti aku akan buat call, suruh Cik Putri cakap dengan papa dia..


Sabtu ni cuti umum sempena Perayaan Deepavali. Selamat beraya buat warga India di Malaysia..

Kalaulah cuti jatuh hari Ahad, sedap sikit Isnin cuti.. Hehehe..


Comments

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Pennzoil - Ride It Right Putrajaya

 29/05/2011 Pennzoil Shah Alam telah mengadakan Konvoi Ride It Right sempena Cubprix 2011 di Putrajaya. En. suami dah mencari beberapa name untuk join aktiviti ni. Dalam 40 buah motor telah terlibat dalam konvoi anjuran Pennzoil ini. Bagi SBRC yang dh lame menceburi aktiviti konvoi ni tiada masalah. Untuk yang baru menyertainya, mereka amat teruja!!. Can see on their face.. hehehe..  En. suami ditugaskan sebagai 'marshal'. Oh my, We will be leading this convoy!! Sure, I', so excited. They also!! Tak banyak gambar yang dapat aku klik. Sbb utama ialah keselamatan aku dan encik suami serta mereka yang dibelakang.  Takkan aku suka-suka nak lepaskan tangan untuk klik sana sini. Biar mereka yang mahir melakukannya. Hehehe.. lg pun photo banyak di klik oleh bro Ruzzm Belang. Nice shoot bro!! berkumpul sebelum bertolak.. MILO dulu!! berkonvoi menuju destinasi.. mencari parking.. baru sampai.. panas woo!! nice bike.. dream for riding this bikes.. souve...