Skip to main content

Kemensah Waterfall


 Ahad 18/1/2014 kami dah pakat adik beradik ipar, aku dan en suami balik dari kenduri kahwin di Kundang rawang, nak mandi sungai. Ralit berborak di kenduri, en suami dengan cargas memandu balik ke Sentul untuk ambil mereka. Kami menuju ke Hulu Kelang ikut Duke Highway. Laluan belakang Zoo Negara ke
Air Terjun Kemensah. Ok, 28 tahun, aku baru pertama kali jejak kaki ke sini.

Memandangkan jam pukul 4 petang, tidak ramai pengunjung yang ada. Kami memilih sebuat beranda chalet dengan bayaran RM 15.00 sekeluarga. Sampai-sampai terus letak barang dan adik-adik ipar aku terus buat terjun tiruk. Kemaruk nak mandi air sungai. Hahaha... (Parking free sebab penjaga parking 'hilang')

Walaupun tempat terpencil, kawasan yang tidak berapa luas, tetapi pemandangan dan suasana air terjun sangat indah dan nyaman. Sejuk saja. Kicau burung dan deruan ai terjun buat aku tenang. 
 
Berbekalkan sedikit makanan (mee goreng Lana dan cucur udang Mama) rasa seronok dapat beriadah bersama keluarga..

Gambar share dari whatsup family group..

 


 
 









 









 
Nanti kakak Putri dan adik Rayyan datang lagi...


Comments

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu

Tiada Lagi

08.12.2014 - 08.05.2015 Genap 5 bulan pemergian atok yang disayangi. Hingga kini, aku masih terasa kehilangan atok. Di sudut katil, masih tercari-cari bayang atok berbaring menanti anak cucu pulang balik ke kampung. Masih terngiang-ngiang dia riuh memanggil anak cucu. Sedari kecil kami anak cucu dibesarkan dengan kasih sayang atok. Walaupun dia 'garang', tapi atok tetap manjakan anak cucu dia. Nak apa, minta saja, pasti dia tunaikan. Kaki tua yang sering bengkak, tetap diteruskan mengayuh basikal ke Pekan Semenyih semata mencari apa yang kami mahu. Asal anak cucu gembira dan tetap di depan mata. Ya, hingga ke saat ini, anak cucu atok rindukan atok. Semoga atok ditempatkan dikalangan insan-insan yang beramal soleh. Alfatihah untuk allahyarham Sulaiman Bin Deli.

0ffiallly engaged..♥‿♥

~aku bahagia~ ♥‿♥ aku gembira.. ♥‿♥ gadis manis yg manja ♥‿♥  dari kekasih kepada kekasih ~Norezuwan ♥♥ Yusmalaily~