Minggu lepas majlis di Sentul. Minggu ni pulak majlis di Wakaf Bahru Kelantan. Kami bertolak Khamis malam lebih kurang jam 10.30 malam. Dua kereta. Kami bawa pengantin baru. Kereta lagi satu adik ipar bawa mama dan ayah mertua aku. Perjalanan lengang buat dua kereta ni berdesup pergi. 7 jam kami sampai di tempat penginapan. Homestay Desa di Wakaf Bahru.
Siangnya, lepas Jumaat kami lepak-lepak saja. Aunty Faridah (adik ayah) datang melawat. Malamnya kami ke rumah aunty Ani. Aunty Ani dan aunty Faridah masak lauk special. Sedap hingga menjilat siku!!! Makan sampai kenyang.. Hehehe...
Sabtu pagi kami breakfast di rumah aunty Faridah pulak. Nasi berlauk. Ermm... sedap gila!! Lepas tu bergegas balik sebab pengantin nak bersiap. Jam 1.30 petang kami berarak ke rumah pengantin lelaki.
Lepas berpeluk cium tinggalkan pengantin, kami balik ke homestay bersiap. Nak singgah ke rumah pakcik Jalal (adik ayah) sebelum teruskan perjalanan ke rumah nenek su (mak tiri ayah) di Terengganu.
Nantikan entry sambungan cerita di Terengganu...
Comments
Post a Comment