Web Analytics

Nuffnang

Tuesday, September 9, 2014

Kecewa: Safe Journey Sangat...

Kecewa bila dikhabarkan tak layak claim insurans highway tersebut. Atas sebab tak ada bukti langgar lembu di highway mereka.

Cuaca masih gelap, tiada lampu jalan, jam 6.00 pagi, orang tua, siapa yang akan berhenti untuk ambil gambar sebagai bukti. Pulak tu kenderaan lain juga langgar lembu yang mati tu (kenderaan itu juga tidak berhenti) Aku faham prosedur  mereka. Tapi adakah ianya tidak membahayakan mak abah aku??

Kalau dia kata peronda dia selalu cek highway, dia silap. Lembu tu halimunan ke? Mereka abaikan keselamatan pengguna jalanraya highway tersebut.  Keselamatan mak abah aku.

 Mohon mereka semak cctv highway tersebut. Kami boleh usahakan untuk cari duit baikpulih sendiri, tapi bila dia cakap tiada bukti kejadian tersebut, itu yang buat aku marah! Seakan-akan mak abah aku ambil kesempatan ke atas highway tersebut.

Mereka ingat mak abah aku sengaja nak langgar lembu yang mati di lorong kiri highway tu dan sengaja  nak rosakkan kereta kesayangan aku ke?

#myvilanggarlembutengahhighway  #makabahmasihtrauma  #cogankatasafejouneytapitaksafeuntukmakabahaku #itshouldasafejourneybutnotformyparent

No comments:

Post a Comment