Web Analytics

Nuffnang

Wednesday, January 14, 2015

Itu Aku..

Seawal pagi berkejar ke imigresen Putrajaya.. Gigih beratur lengkoknya sampai ke cafe imigresen. Gagal. Hal tak dapat settle pagi, kene sambung lepas lunch. Heret kaki semula ke imigresen. Alhamdulillah.. Settle. Terima kasih untuk pegawai yang memberikan kerjasama yg baik. Terima kasih kakak nurul teman adik, teman yang sentiasa ada di mana saja adik berada!

Dalam perjalanan balik kepala dah ting tong.. Siapkan hal rumah.. Anak yang sedia tak sihat kene 'gegata'. Gigih bawa ke klinik. Settle hal klinik, balik rumah.

Sampai rumah settle hal anak, kemas dapur sesikit, terus terduduk. Sempat capai hp update kat atok nenek cucu manja die kene gegata. Mak call siap nak datang lawat. Oh mak, dah malam. Besok le jumpa cucu nenek ni.

Update blog yang sendu ni, tutup lampu dengan harapan boleh terus kroh kroh kroh..

*besok jam 5 pagi, bangun masak, siapkan sarapan en zuwan, siapkan anak dan hantar ke rumah nenek. Pergi kerja. Rutin harian.

Allah.. Kuatkanlah semangat aku..

No comments:

Post a Comment