Hujan turun mencurah-curah. Kilat sabung menyabung. Petir berdentum.
Pukul 6 lebih abah dapat panggilan telefon kata surau terbakar.. capai apa yang patut, aku, abah dan mak terus masuk kereta.. Hujan lebat jadi kene naik kereta walaupun surau dekat selekoh jalan saja. Dari rumah rupanya boleh nampak api menjulang. Sampai-sampai depan pagar surau abah dan mak terus meluru masuk. Tapi semua orang panik!!
Aku nampak ada dua orang di perkarangan surau. Sorang jiran sebelah surau dan seorang lagi uncle yang duduk berdepan dengan surau. Aku yang panik menggigil-gigil dail nombor bomba. Tp uncle tu cepat bagitahu dia dah hubungi bomba. Lega!! Aku tengok abah ke hulu ke hilir cari getah paip.
Perkarangan surau mula dibanjiri penduduk taman yang kebetulan lalu di depan surau. Jalan utama dah mula jammed. 5 Minit kemudian pasukan Bomba dan Penyelamat Kajang sampai.
(nasib baik dekat, bomba selekoh atas bukit saja)
Azan Maghrib berkumandang, api padam dengan sepenuhnya. Terima Kasih kepada encik-encik Bomba Kajang dengan pantas datang ke lokasi kebakaran. (Walaupun ramai merungut sebab panik!)
Abah dipertanggungjawabkan untuk membuat laporan di Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dan selepas solat Maghrib abah ke Balai Polis Kajang untuk laporan seterusnya.
Abah dipertanggungjawabkan untuk membuat laporan di Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dan selepas solat Maghrib abah ke Balai Polis Kajang untuk laporan seterusnya.
kebakaran di cabin |
kebakaran mula merebak ke belakang lori |
bomba sampai 5 minit kemudian |
Bomba berjaya memadam kebakaran |
segalanya telah selesai |
Abah dah keletihan dan tertidur di ruang tamu....
Syukur kerosakkan surau tidak teruk. Apa puncanya ye? akibat pendawaian elektrik atau perbuatan vandalism?
ReplyDeleteikut kata saksi (uncle umah die dpn surau), lepas petir yang kuat, die nmpk api dr bumbung. Die terus telefon bomba..
ReplyDeleteBoleh dapatkan Contact pengerusi atau imam surau?
ReplyDeleteUntuk apa ya encik..
DeleteUntuk apa ya encik..
Delete