Skip to main content

Kebakaran Surau An Naim Taman Bukit Mewah

Hujan turun mencurah-curah. Kilat sabung menyabung. Petir berdentum.

Pukul 6 lebih abah dapat panggilan telefon kata surau terbakar.. capai apa yang patut, aku, abah dan mak terus masuk kereta.. Hujan lebat jadi kene naik kereta walaupun surau dekat selekoh jalan saja. Dari rumah rupanya boleh nampak api menjulang. Sampai-sampai depan pagar surau abah dan mak terus meluru masuk. Tapi semua orang panik!!

Aku nampak ada dua orang di perkarangan surau. Sorang jiran sebelah surau dan seorang lagi uncle yang duduk berdepan dengan surau. Aku yang panik menggigil-gigil dail nombor bomba. Tp uncle tu cepat bagitahu dia dah hubungi bomba. Lega!! Aku tengok abah ke hulu ke hilir cari getah paip. 

Perkarangan surau mula dibanjiri penduduk taman yang kebetulan lalu di depan surau. Jalan utama dah mula jammed. 5 Minit kemudian pasukan Bomba dan Penyelamat Kajang sampai. 
(nasib baik dekat, bomba selekoh atas bukit saja)

Azan Maghrib berkumandang, api padam dengan sepenuhnya. Terima Kasih kepada encik-encik Bomba Kajang dengan pantas datang ke lokasi kebakaran. (Walaupun ramai merungut sebab panik!)

Abah dipertanggungjawabkan untuk membuat laporan di Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dan selepas solat Maghrib abah ke Balai Polis Kajang untuk laporan seterusnya.

kebakaran di cabin
kebakaran mula merebak ke belakang lori
bomba sampai 5 minit kemudian
Bomba berjaya memadam kebakaran

segalanya telah selesai

*Terima Kasih kepada kejiranan penduduk Taman Bukit Mewah yang 'alert' dengan keadaan sekeliling dan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Kajang. Credit kepada uncle yang rumahnya berdepan surau yang segera menghubungi bomba dan jiran-jiran yang telefon abah*

Abah dah keletihan dan tertidur di ruang tamu....

Comments

  1. Syukur kerosakkan surau tidak teruk. Apa puncanya ye? akibat pendawaian elektrik atau perbuatan vandalism?

    ReplyDelete
  2. ikut kata saksi (uncle umah die dpn surau), lepas petir yang kuat, die nmpk api dr bumbung. Die terus telefon bomba..

    ReplyDelete
  3. Boleh dapatkan Contact pengerusi atau imam surau?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu

Tiada Lagi

08.12.2014 - 08.05.2015 Genap 5 bulan pemergian atok yang disayangi. Hingga kini, aku masih terasa kehilangan atok. Di sudut katil, masih tercari-cari bayang atok berbaring menanti anak cucu pulang balik ke kampung. Masih terngiang-ngiang dia riuh memanggil anak cucu. Sedari kecil kami anak cucu dibesarkan dengan kasih sayang atok. Walaupun dia 'garang', tapi atok tetap manjakan anak cucu dia. Nak apa, minta saja, pasti dia tunaikan. Kaki tua yang sering bengkak, tetap diteruskan mengayuh basikal ke Pekan Semenyih semata mencari apa yang kami mahu. Asal anak cucu gembira dan tetap di depan mata. Ya, hingga ke saat ini, anak cucu atok rindukan atok. Semoga atok ditempatkan dikalangan insan-insan yang beramal soleh. Alfatihah untuk allahyarham Sulaiman Bin Deli.

0ffiallly engaged..♥‿♥

~aku bahagia~ ♥‿♥ aku gembira.. ♥‿♥ gadis manis yg manja ♥‿♥  dari kekasih kepada kekasih ~Norezuwan ♥♥ Yusmalaily~