Skip to main content

Kerja di hari cuti umum

Hari ni cuti umum sempena Hari Thaipussam.. jadi mak bagi arahan suruh bekerja..kerja mengecat.. siapkan juga bilik aku hari ini.. Pagi-pagi ambil angah kat rumah dia. Kerahan tenaga diperlukan di rumah. Hehehe.. maseh angah, jasamu ku kenang.. Sampai-sampai rumah bedal nasi lemak dan roti canai sekeping (beli kat Sri Jelok),  terus mulakan tugas. Mengecat siling dan dinding. Huh!! Lama-lama aku atas tangga ni aku boleh pitam... Iskkk...

Last-last tukar dengan abah. Aku dh melepek kat bawah.. (Kerja berat lebih dari setengah jam aku akan pitam..bukan sengaja tp kemampuan aku hanya setakat itu saja..) Dari pukul 8 pagi sampai pukul 2 petang baru siap semua. Lepas mak puas hati dengan pekerja-pekerja  buruh kerja-kerja mengecat, barulah semua tarik nafas lega... (mak akan pastikan semuanya sempurna..hehehe...) Lepas ni nak balik rumah atok dekat Semenyih sekejap. Nak gosip artis bincang-bincang pasal ape ntah.. Ok! Mari bersiap.. Jumpe besok.. Tata titi tutu...

*Nak tunggu 2 mnggu lagi baru brg sampai..br laa dapat tacap bilik*


Comments

  1. alamak, dah lama niat nak mengecat bilik tak selesai2 juga....cat dah beli!

    entah tahun bila baru nak siap....

    ReplyDelete
  2. @kakjie: bilik nk cantik..tp bila nk ngecat terus surrender.. hahaha... upah org agak2 berapa agaknye..

    ReplyDelete
  3. @babyhanny bilik dah siap..x sabar nk tunggu my whitee set.. hehehe...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dalam Kenangan | Dr. Rasmani Md Zin

Sabtu 6/6/2020 jam 430 petang, dapat whatsapp dari group family. Paklang pengsan di klinik. Dalam hati aku mesti paklang letih bertugas. Kurang rehat barangkali.  Aku cuba call Nabiha. Panggilan tak berjawab. Aku call pula Arif. Arif jawab panggilan sambil tersedu. Lain macam ni. Dia cakap tunggu doktor cek. Paklang masih  belum sedarkan diri lagi. Allah.. aku dah tak sedap hati. Aku pesan apa-apa nanti update dalam group family Semenyih. Nabiha return call semula. "Kakly..." dia menangis kuat.. Aku sabarkan dia. Pulse paklang dah tak ada. Tunggu official dari doktor". Aku diam. Tak mungkin. Aku berharap doktor akan cuba yang terbaik untuk sedarkan paklang.  Aku call mak . "Mak, paklang pengsan kat klinik. Dah dibawa ke HUKM". Aku cuba ringkaskan info.  Mak dah tak tentu arah. Allah..allah dengar mak mengucap. Aku cakap tunggu berita dari Arif, Mak kata ok. Mak tunggu. Jam 500 petang, Arif update di group family Semenyih. "Assalam, dukacita dimaklu

Tiada Lagi

08.12.2014 - 08.05.2015 Genap 5 bulan pemergian atok yang disayangi. Hingga kini, aku masih terasa kehilangan atok. Di sudut katil, masih tercari-cari bayang atok berbaring menanti anak cucu pulang balik ke kampung. Masih terngiang-ngiang dia riuh memanggil anak cucu. Sedari kecil kami anak cucu dibesarkan dengan kasih sayang atok. Walaupun dia 'garang', tapi atok tetap manjakan anak cucu dia. Nak apa, minta saja, pasti dia tunaikan. Kaki tua yang sering bengkak, tetap diteruskan mengayuh basikal ke Pekan Semenyih semata mencari apa yang kami mahu. Asal anak cucu gembira dan tetap di depan mata. Ya, hingga ke saat ini, anak cucu atok rindukan atok. Semoga atok ditempatkan dikalangan insan-insan yang beramal soleh. Alfatihah untuk allahyarham Sulaiman Bin Deli.

0ffiallly engaged..♥‿♥

~aku bahagia~ ♥‿♥ aku gembira.. ♥‿♥ gadis manis yg manja ♥‿♥  dari kekasih kepada kekasih ~Norezuwan ♥♥ Yusmalaily~