Pukul 12.00 tengahari (Selasa) aku rasa perut yang cramp sejak kelmarin semakin menyucuk-nyucuk. Ahh!! Gastri menjelma lagi. En. Bos bagi kelepasan pulang awal untuk ke klinik. Dengan memandu kereta dalam keadaan yang sakit, aku terus menuju ke klinik di Taman Jasmin Kajang. (Klinik tersebut mempunyai rekod aku) Tapi selepas diperiksa, sakit perut aku bukan kerana gastrik, tetapi kerana appendix ku sudah membengkak. Doktor terus membuat surah sokongan untuk pemeriksaan kecemasan ke atas ku. Aku memilih Hospital Serdang kerana aku ada rekod di sana. Setibanya di sana, aku terus dirujuk bahagian kecemasan. Ahh!! mana mungkin seserius ini penyakitku. Dari jam 3.00 petang aku menunggu untuk pemeriksaan lanjut daripada doktor yang bertugas. Malangnya bilik rwatan kecemasan hanya satu sahaja dibuka. Suamiku tiba pada pukul 4.30 petang untuk menemaniku. Tetapi sehingga pukul 8.00 malam nombor rawatan aku masih belum dipanggil. Perut yang makin berdenyut semakin sakit ku rasakan....
Cinta Itu Indah...