Skip to main content

Bahagia Hingga ke Syurga Sayang


Tak sabar rasanya nak berhari minggu. Besok dah Jumaat. sabtu ada jemputan majlis perkahwinan sahabat blogger iaitu memoriesintuition  merangkap sahabat baik aku dari sekolah (dari tingkatan 4, kolej hingga sekarang) Tak sabar rasanya nak tengok dia naik pelamin. Teruja sangat-sangat. Masa dia bertunang aku tak dapat nak join sebab aku tengah mabuk kepayang. Jadi bila tiba waktu kenduri kawen aku dah siap-siap cakap dengan en suami yang aku tak sabar nak pergi Serendah. Jadi dia balik kerja shift malam pagi Sabtu tu biar dia tido siap-siap nanti aku yang akan drive die ke sana. Hehehe..

Untuk sahabat aku, Nurrul Iman yang aku sayang, doa aku untuk kau tak akan pernah putus. Kaulah sahabat, kawan dan teman waktu susah senang kita.Tak akan aku lupa, kau sentiasa ada waktu aku memerlukan. Tak kira apa saja yang berlaku, kau tetap disisi aku bg peransang dan semangat saat aku jatuh, pimpin aku berdiri dan harungi arus deras yang pernah cuba nak tenggelamkan aku.

Semoga kau tak akan pernah lupakan aku hingga bila-bila..

*Selamat Pegantin Baru buat Iman & Irwan
Semoga bahagia hingga ke syurga*



Comments

  1. pn.yusmalaily @ cik puan zuwan..
    sungguh terharu bc entry nie..trime kasih x trhgga..
    smp jua ke srendah & snggup tggu w/pun hr panas terik ngn bb lam pewot lg..huhuhu..
    trime kasih sekali lagi..doakan kebahagian kami eks..
    doakan moge kami cepat mengikut jejak langkah korang utk br3..insyaAllah..amin ^_^

    ~friends never end~

    ReplyDelete
  2. untuk hang.. apa jua aku sanggup..cewahh.. hehehe... insyaAllah.. mudah2an rezeki kalian akan datang juga...banyakkan berdoa dan sentiasa saling mengasihi antara suami isteri.. buah hati cinta kalian akan hadir juga...

    ReplyDelete
  3. insyaAllah..amin..moge hari itu akan tiba nnt :)
    ala..yus,jgn ar camtu..sanggup redah pe pun..
    kesihatan n bb tu keje jg jgak tau :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ofkos laa.. bb x saba jumpe aunty iman die ni.. hehehe..

      Delete
  4. pesanan wat bb..
    be a good son/daughter nnt k ^_^

    psstt..psstt: i want b your 'mama angkat'..mmm..tu pun, if u mum give the chance for me la..

    ReplyDelete
  5. insyaAllah.. anak mama & papa ni nnt jd very go0d caliph.. doakan ye..

    boley aje.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. insyaAllah..amin..
    mekasih mama bb..terharu..huhuhu ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ABAH | Part 1

Tak pernah aku bayang atau mimpi akan secepat ini kami akan berpisah. Semua yang berlaku sekelip mata. Hingga kini, aku masih terasa rasa abah masih di sisi.. Masih terngiang-ngiang suara dia. Terbau-bau haruman dia. Kau bayangkan, tadi elok kau bercakap dengan dia. Sihat orang tua.. Lenguh-lenguh sendi. Keletihan. Tiba-tiba kau hanya merenung jasad yang kaku. Allah.. Allah..Allah.. aku tak percaya. Tak mungkin... Tapi air mata ni mengalir bagai tak mahu berhenti. Hati ni remuk.  Petang 14hb Mac 2021, aku balik dari Sentul, nak hantar buah Sukun, kiriman mama Som. Abah mesti suka. Aku cakap dengan papa Zuwan, pa singgah rumah mak terus. Elok sampai, azan Maghrib. Terus siap-siap solat jemaah dengan abah dan papa Zuwan. Macam biasa, Abah imamkan.  Mak dah siap solat. Jaga budak-budak ni kejap. Selesai Maghrib aku siap nak balik. Esok budak-budak sekolah. Abah lama berteleku di sejadah. tak memandang ke belakang.  Aku kemas-kemas barang, abah panggil. Katanya dia semput. Ma...

HFMD

bibir membengkak bintik-bintik dalam lidah dan sekitar mulut bintik ti tapak tangan She's only 5. Periang, suke menyanyi, menari dan banyak mulut. Dah dua hari dia demam. Tak nak makan.. Minum susu aje. Tu pun susah nak hisap botol sebab sakit mulut. Malam tadi die mengadu sakit mulut. Abg dan kakak ipar aku cek di sekitar mulut dan dalam mulut dia ade bintik-bintik. Terus bawa ke Pusrawi Kajang. Doc sahkan dia terkena HFMD. Ya Allah... masa abg aku call mak bgtahu malam tadi, mak aku dah sedih. Cucu kesayangan dia sakit. Mak ambil Dettol dan pencuci lantai terus mop lantai. Sambil mop sambil sedih.. Huuu...  So dia kene kuarantin di rumah. Sekolah dah diberitahu so harap dorang dapat buat cleaning satu sekolah sebelum bdk lain terkena. Tak sure my niece kene kat skolah atau di rumah..tp pembersihan dan pencucian perlu dilakukan di kedua-dua tempat (rumah & sekolah).  *Kakak cepat sembuh ye..nanti boley maen dengan Putri lagi..* Kopipes : Wikipedi...

Ujian 2016

Update : 3 TAHUN BARU AKU POST. (SIMPAN DALAM DRAFT) Ujian buat kami sekeluarga. Baby Muhammad baru 26 hari, kene tahan wad sebab penurunan berat badan. Tambahan badan dia tiba-tiba panas 38'C. Asalnya ada check up untuk scan spine dia. Tapi ke lain jadinya. Sedih mak.. Dah la dalam pantang, kene masuk wad dok spital balik. Menjaga baby Muhammad, kene naikkan berat badan dia balik dan kes dia ada alahan susu lembu, muka dan badan dia naik ruam. Habis satu muka merah. Lapan hari Muhammad di tahan di Wad NICU Hospital Kajang. Selama itulah papa Zuwan datang jaga kami. Pagi petang datang bawa keperluan dan tolong jagakan baby Muhammad waktu melawat. Pelawat selain ibu/bapa tidak dibenarkan masuk. Sebab banyak baby yang tidak sihat, jadi untuk elakkan sebarang jangkitan kuman, pelawat biasa tidak dibenarkan melawat. 8 hari itulah macam-macam yang aku rasa. Sedih, rindu dan segalanya kat anak (kakak Putri & papa Zuwan) Hilang pantang aku bila kene ke hulu ke hilir jaga baby ...