Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Jason Statham

Ni bukan blog gosip artis..tp kali ni aku nk buat entry pasal pelakon omputih yang aku suke sangat2... Beliau adalah Jason Statham BIOGRAPHY Jason Statham is known for his roles in the Guy Ritchie crime films Lock, Stock and Two Smoking Barrels and Snatch. Statham also appeared in supporting roles in several American films, such as The One and The Italian Job, as well as playing the lead role in The Transporter, Transporter 2 and Crank. He was a member of Britain's National Diving Squad for ten years, although he never competed in the Olympic Games. Statham is currently working on The Brazilian Job, a sequel to The Italian Job. so macho ok!! ohh my macho man!! my favorite!!  *Malam minggu lepas layan tgk cerita transporter 2.. Huhuhu..mak pun layan jugak*

Lemah Jantung

Lemah jantung adalah satu keadaan yang kompleks. Ia disebabkan oleh mempengaruhi keupayaan jantung untuk mengepam darah yang secukupnya untuk memenuhi keperluan badan. Kadar kejadian meningkat seiring dengan peningkatan umur. Sebab-sebab lemah jantung: * Penyakit jantung koronari * Tekanan darah tinggi * Masalah injap jantung * Kadar denyutan jantung yang luar biasa * Penyakit otot jantung (cardiomyopathies) * Diabetes * Penyakit jantung akibat alkohol * Penyakit Kelenjar Tiroid   Simptom * Letih * Sesak nafas * Aktiviti fizikal yang terhad * Bengkak Kaki  Info : www.dr.com.my    *Jadi cepatlah dapatkan pemeriksaan doktor secara berkala dan sentiasa jaga kesihatan.. Tidak kira tua atau muda, macam penyakit datang menyerang hendap.. *

Kajang ke Kota

Dari minggu lepas mak dan makcik-makcikku yang gojes dah rancang nak ke Kota.. Melawat keluarga kat sana. Sebagai supir pemandu yang bertauliah, aku dengan rasa hormatnya membawa penumpang-penumpang VVIP aku ke Kota, Negeri Sembilan. Pukul 2.00 petang bertolak dari Semenyih. Saja ikut jalan lama, baru feel memandu. Kalau ikut highway mesti aku nk memecut lagak kereta F1. Daripada mak bebel kat aku, baik ikut jalan lama, boleh cuci mata lihat keindahan alam ciptaan tuhan.  Tapi sepanjang perjalanan dah tak ada hutan-hutan dan rumah kampung. Yang ada cuma pembangunan..tanah merah berabuk dan lori treler sepanjang jalan. Huh!! Semak!! Tapi nak buat camne, aku yang pandu jalan lama ni, jadi kenela tadah.  (Ok, sila tukar channel Negeri Sembilan) Sampai kek ghumah tok ngah dongan uwan Ghombau dalam pukul 3.30 potang. Nasib baik umah tok dongan uwan tu ado laie ciri-ciri suasana kampung jadi meraso laa den balik kampung.. huhuhu... (Ok, penat cakap noghoghi..tukar balik cakap Kaj...

simen buku lali

Pukul 11.16pm aku dapat msg dr encik tunang. Die kate adik die jth kt rumah.. masuk spital kaki patah.. Erkk.. Berderau darah.. Then setengah jam dpt lg msg kate tgh tunggu x ray.. xtahu buku lali tu retak atau patah sbb buku lali tu bengkak.. then doc decide simen.. (Tak tahu retak atau patah boleh simen ehh..??) Mungkin doktor lebih pakar dalam wat keputusan..  Ape pun untuk bakal adik ipar ku Asni sila berehat laa ye.. Nnt weekend saye datang melawat kamu.. Permintaan Mc D kamu tu tak dapat la syang oiii... Orang sakit mana leh mkn Mc D.. heheheh... Orang sakit makan buah ke..minum susu ke (utk retak/patah buku lali awak tu) Kene masuk air sebab kurus sangat.. erkk..

Tiroid

Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid . Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia. Penyakit kelenjar tiroid Antara orang-orang yang berisiko menghadapi masalah penyakit kelenjar tiroid ialah: Perempuan Genetik Mengidapi sakit pituitari atau endokrin yang lain Usia lebih 60 tahun Merokok Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama: Hipertiroidisme / Tirotoksikosis Hipotiroidisme Dalam kes hyperthyroidism / thyrotoxicosis , hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah : Grave's disease . Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini bo...

Kerja di hari cuti umum

Hari ni cuti umum sempena Hari Thaipussam.. jadi mak bagi arahan suruh bekerja..kerja mengecat.. siapkan juga bilik aku hari ini.. Pagi-pagi ambil angah kat rumah dia. Kerahan tenaga diperlukan di rumah. Hehehe.. maseh angah, jasamu ku kenang.. Sampai-sampai rumah bedal nasi lemak dan roti canai sekeping (beli kat Sri Jelok),  terus mulakan tugas. Mengecat siling dan dinding. Huh!! Lama-lama aku atas tangga ni aku boleh pitam... Iskkk... Last-last tukar dengan abah. Aku dh melepek kat bawah.. (Kerja berat lebih dari setengah jam aku akan pitam..bukan sengaja tp kemampuan aku hanya setakat itu saja..) Dari pukul 8 pagi sampai pukul 2 petang baru siap semua. Lepas mak puas hati dengan pekerja-pekerja   buruh kerja-kerja mengecat, barulah semua tarik nafas lega... (mak akan pastikan semuanya sempurna..hehehe...) Lepas ni nak balik rumah atok dekat Semenyih sekejap. Nak gosip artis bincang-bincang pasal ape ntah.. Ok! Mari bersiap.. Jumpe besok.. Tata titi tutu... *N...

semalam, hari ini dan besok

pic gr google     Hari ini tak akan sama seperti hari esok... dan tak akan pernah sama seperti hari semalam.. *Entry emosi petang rabu*

~cinta kristal~

Pagi isnin layan lagu Cinta Kristal dari Rahin Maarof... Sinar matamu bagai api menyambar Haruskah engkau dan aku sama Bara restu cintamu aku terpandang Oleh pancaran demi cinta kristal Kini aku terlontar ke dasar cintamu suci Kini aku mengenal akan kepastian Agungnya cintamu Hangat membakar panas membara Mentari cintaku ini jangan dipadamkan Jika terpadam fanalah harapan Kasih tunjukkan aku murni cintamu kasih Biar aku ilhamkan akan kesucian Kasih dan cintamu Terus memancar terus membara Jangan padamkan mentari cinta Jangan padamkan demi cinta kristal Bawa ku pulang  *encik tunang sangat suka lagu ini*

kerja-kerja sedang di jalankan

sibuk cuci sana sini.... scrap dinding..siling bilik... pastu nk ngeccat plak... Minggu ni tersangatlah bizi.. adeii...dlm x berapa nak sihat, terpaksalah gagahkan diri nk siapkan semua... T__T

PMS untuk Januari 2011

entry pendek utk malam ini.... PMS..siang - uruskan borang nikah..  PMS..ptg/mlm - scrapper siling bilik..  PMS..mlm - bubur nasi & halia rebus.. ~kuatkanlah jiwa ragaku...amin~ * Aku berjaya melepasi satu hari PMS tanpa ubat!! *

Izamir Ridzwan Pendrive GiveAway

1 st entry aku pasal giveaway~ Tq enna rusti   sbb tag aku untuk join this contest..  Sapa-sapa mau itu hadiah..sila laa join ye... Klik! Klik!   Syarat2 penyertaan dan apa yang perlu kamu lakukan mudah saje.. Mesti jadi follower blog Izamir Ridzwan Mesti letak poster macam kat atas tu dalam entry dan sidebar (linkkan ke entry   ni juga) blog kamu Tag sekurang-kurangnya 4 orang kawan. Kemudian, masuk blog kawan yang kamu tagged tu, dan maklumkan di entry terbaru mereka yang mereka kena tagged dalam entry kamu.. Jangan lupa kasi link sekali kat mereka.. Nanti susah pulak meraka nak cari kan Akhir sekali tinggalkan URL entry yang korang buat tu kat entri   ini.. FINISH!!  Spesifikasi hadiah yang ditawarkan:   Kingston Data Traveler 101 G2 ( IR akan gantikan dengan latest model, kalau keluar baru laa)   Berkapasiti 4GB setiap satu   4 Pemenang.. Pemenang akan ditentukan melalui Random.org  ... Ala-ala macam cabu...

Punca Sakit Leher - Belakang

Selain bebanan pada tubuh, masalah ini juga boleh disebabkan saraf tunjang, paru-paru dan abdomen tidak normal DIANGGARKAN 80 peratus orang dewasa pernah mengalami masalah sakit belakang dalam kehidupan mereka dan kira-kira 50 peratus pula mengalami sakit leher atau sakit tengkuk. Malah, sakit belakang dan sakit tengkuk atau leher adalah kesakitan paling lazim yang memaksa pesakit bertemu doktor, selain menjadi penyebab utama kecacatan, meninggalkan kerja dan membabitkan kos penjagaan kesihatan yang tinggi. Secara perubatan, leher dan bahu terdiri daripada otot, tulang, saraf, arteri dan salur darah, begitu juga ligamen dan struktur sokongan lain. Banyak keadaan yang boleh menyebabkan sakit leher dan belakang khususnya kawasan sekitar bahu. Ada yang mengancam nyawa seperti serangan jantung dan trauma serta keadaan lain seperti bebanan.  Perlu diketahui, antara tabiat buruk menyebabkan sakit belakang: Gemar membongkok ke depan dan beralih ke kiri dan k...

untuk apa gambar itu??

Lepas makan KFC dengan ecah, g umah nasha plak. Anta baju kaklong. Lepas tu g kajang blk, nak g saloon rambut laa kononnya. Tp saloon rambut sume penuh dengan umat manusia.. haih..xdapatlaa aku manjakan diriku yang begitu berharga ni...  Masa lalu dekat depan RHB Bank Kajang tiba-tiba ecah tunjuk ade sorang lelaki berdiri depan RHB Bank tu dok sengih-sengih. Lame-lame sengihan dia semacam aje. Aku dan ecah terus pandang ke lain. Dalam hati aku rasa dia mungkin kurang waras. Tak apalah. Dimaafkan. (Walaupun sebenarnya takut!)Kereta berderet kat kajang. Jadi kitorg melekat kat depan bank tu. Tiba-tiba ade satu pancaran flash camera ke arah kitorg. Aku dan ecah terus toleh ke arah pancaran tersebut. Kitorg nmpk lelaki tadi memegang camera! What!! Kitorg dh mula gelabah. Ecah terus pandu kereta laju ke depan. Gile!! Nonsense!! Untuk ape gambar kitorg @ kereta ecah disnap oleh lelaki tu??? Ecah tak puas hati terus wat satu lagi pusingan ke arah bank semula. Aku yang sentiasa bawak my...

Kebakaran Surau An Naim Taman Bukit Mewah

Hujan turun mencurah-curah. Kilat sabung menyabung. Petir berdentum. Pukul 6 lebih abah dapat panggilan telefon kata surau terbakar.. capai apa yang patut, aku, abah dan mak terus masuk kereta.. Hujan lebat jadi kene naik kereta walaupun surau dekat selekoh jalan saja. Dari rumah rupanya boleh nampak api menjulang. Sampai-sampai depan pagar surau abah dan mak terus meluru masuk. Tapi semua orang panik!! Aku nampak ada dua orang di perkarangan surau. Sorang jiran sebelah surau dan seorang lagi uncle yang duduk berdepan dengan surau. Aku yang panik menggigil-gigil dail nombor bomba. Tp uncle tu cepat bagitahu dia dah hubungi bomba. Lega!! Aku tengok abah ke hulu ke hilir cari getah paip.  Perkarangan surau mula dibanjiri penduduk taman yang kebetulan lalu di depan surau. Jalan utama dah mula jammed. 5 Minit kemudian pasukan Bomba dan Penyelamat Kajang sampai.  (nasib baik dekat, bomba selekoh atas bukit saja) Azan Maghrib berkumandang, api padam dengan sepenuhnya. Terima Kas...

tahun baru!! semangat baru!!

Dah 2 hari tak dapat on9.. Sebab broadband rosak!! waaa... menci2!! puas aku uninstall, cucuk sana..cucuk sini.. last2 die ckp device cannot recognized...modem broken!! what!!! Aku sabar lagi.. masuk office pagi tadi try lagi... tp langsung xnk menyala!! demm!!Aku call service center die, die cakap line xde masalah, bill pun x de yang tertunggak. Jadi mesti problem ngan modem die.. Last choice kene tukar broadband baru sebab broadband aku 1st version punye.. huhuhu...duwit..duwit... last2 balik keje mak cakap xapelaa..sbb ramai yang guna (abah & along) mak cakap beli aje yang baru.. mak belanje!! yeay!! TQ mak!!

Tinggallah lame.. Tibalah baru..

SELAMAT TAHUN BARU  2011 Untuk tahun 2010, pahit manis kenangan, dugaan dan cabaran telah aku lalui... Kecewa dan gembira silih berganti menyapa halaman hidup.. Apa yang pasti aku telah harunginya dengan berbagai keadaan.. Aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk meneroka lagi alam dunia ciptaan Allah S.W.T. Tahun 2011 yang baru saja beberapa jam menjengah memberi aku peluang untuk menambah sisa coretan kehidupan yag akan aku susuri dengan keazaman yang menggunung..  01.01.11 aku akan mulakan dengan impian yang aku sulam dengan indah untuk aku jalani dengan penuh kegembiraan...