Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Teringat

Lagi 3 hari umat Islam akan menyambut Ramadhan dan insyaAllah 1 Ramadhan tahun ini jatuh pada 1 Ogos 2011 -  Isnin. Pasti ramai yang tak sabar, ada yang gementar dan mungkin juga sudah bersiap sedia menyambut kedatangan bulan mulia tersebut.  Bagi aku yang baru saja disahkan bakal menjadi ibu ni pun agak teruja. Tak tahu macam mana rasanya berpuasa dalam keadaan aku yg baru mula nk mabuk-mabuk. Baru dua tiga hari ni aku rasa penat, mengantuk, rasa letih satu badan. Kejang-kejang kaki, jadi macam mana waktu bulan Ramadhan nanti. Emak ada pesan, kalo mampu puasalah. Belajar-belajar. Kalo tak larat sangat baru lah dibolehkan berbuka. Tapi biar betul-betul tak larat. Bukan cobaan..main-main.. Hehehehe... Masa nilah aku teringat waktu bekerja di Jabatan Perangkaan Shah Alam. Masa ni group aku betul-betul semangat buat kerja. Walaupun dalam bulan puasa. Lagi-lagi waktu kerja luar. Langsung tak terasa stress atau keletihan. Kerja masing-masing selesai dengan jayanya.  Bila m...

Kasut Raya

Tengah kemas-kemas bilik tiba-tiba nampak satu kotak kasut. Bila aku usha dlm kotak tu ade sandal kaler oren (Ukiran Batik) Hah!! Ni sandal yang en suami belikan masa honeymoon 4 bulan lepas ni.. Cadang nak pakai masa raya nanti.. Huhuhu... Boleh ke aku pakai nanti ehh... Adehhh.. baru nk melaram masa raye nanti... *smlm en suami tanye nak beli maternity dress x.. so sweet... *

Tumpang Bahagia

Baru kejap lepas telefon one of my friend.. Dari nada suara die yang sangat gembira dan bahagia tu buat aku tersenyum gembira. Yela, kawan tgh bahagia, jadi aku pun turut menumpang jugalah kan.. Hehehe.. Lagi beberapa hari..beberapa jam..beberapa minit..beberapa saat dia bergelar tunangan orang. Aku plak yang terlebih excited..kn.. Dari sekolah menengah kemudian satu kolej, jadi aku ikuti perkembangan sosial die.. Aku juga kadang-kadang jadi tempat meluah dan diluahkan perasaan..Diizinkan tuhan, aku harap dapat pastikan dia mendapat kebahagiaan miliknya... Supaya tiada lagi air mata kesedihan mengalir dari wajah polosnya...   Aku betul-betul gembira untuk dia.. *Mood mkn udang mlm ni..*

Date|Tarikh

Baru aku perasan, date atau tarikh pada setiap entry ni "undefined".  Fine.. harus aku cari mana salah silap die.. errr..ade sape-sape boleh hulurkan bantuan?? *boleh makan panadol x??

Cuaca Panas Bulan Julai

Bulan ni saja 2-3 kali aku diserang hendap demam..Batuk sikit..Selesema sikit.. Tambah sakit kepala sebab cuaca panas pada bulan Julai 2011 buat aku betul-betul rasa tak enak. Kadang-kadang ada rasa nak jatuh ditimpa tangga terduduk sebab kepenatan.  Tido malam sentiasa terganggu. Kekejangan kaki dan perut yang sentiasa tidak begitu selesa ketika berbaring.  Makan sentiasa teringin. tapi bila nasi dipinggan, aku hanya mampu untuk merenung  sahaja.. Tidak ada selera.. Malam ni badan rasa gigil-gigil, nk demam lagikah?? (Kenapa asyik mengeluh saja ni...) Aku tahu, semua itu adalah ujian dariNya.. *Besok pagi-pagi nak gerak balik Sentul. Drive sendiri. En suami balik keje (Shah Alam) terus balik sane*

wajah baru

Semalam sepanjang hari aku blog walking  dan mencari template2 baru.. sbb mood aku berubah-ubah semejak beberapa hari ni.. Jadi hari ini Melankolik Jiwa berwajah baru lepas beberapa percubaan makeover pada blog ni.. I just love pink!! *semoga hari ini lebih indah dari hari-hari lalu...dan segalanya berjalan dengan baik.. amin..*

terdiam sejenak

Bergetar hati Berkocak jiwaku Ketenanganku diragut Tidak aman Tidak tenteram Perasaanku berbaur Terhenti seketika denyut nadi Mati dalam gelora nafas Sesungguhnya aku tidak mampu jadi si tabah Tabah kau tak seperti tabah aku Kau dan aku sama tapi kita berbeza Dia juga lain dari kita Angin lalu tak akan bisa membuat hatiku berdetik Hujan hatiku membasahi segenap ruang rongga  Terdiam aku Terdiam kaku Terdiam sejenak *aku hanya aku.. sepi sendiri...*

100,000 ke 100,001

mencecah ke 100,000...  dan dalam masa tak sampai dua minit... mencecah 100,001.. *sabtu ni nak g tukar break pad plak.. *

hair makeover

Petang Sabtu lepas balik dari kenduri aku lepak-lepak kat rumah. En suami tak ada. Terpaksa bekerja untuk menyara keluarga..Hehehe.. sweet kan.. Then tgh sikat-sikat rambut aku rasa macam terasa nak potong rambut. Capai kunci kereta dan terus start enjin. Aku nak try kedai aunty yang biasa aku pergi tu. Die baru bukak saloon yang baru. Tapi die ramai customer. Aku terpaksa tunggu. Haih... pic from goole Akhirnya aku pilih untuk merias rambut aku mcm ni... En suami sangat suke... (Love mod..) *usus tak berapa nak sedap.. haih..*

Sambungan 09072011

saye orang Que ke 20 dari 40 ye kawan-kawan... mata merah x cukup tido.. sian en suami... lapar + mengantok + penat semata nak beli iPad2 punye pasal... * saye mengidam HTC wildfire...comel kn...*

Sabtu 090711

Semalam seawal 8.00 pagi aku turun kl.. keje punya pasal.. kene beli iPad 2 kat mid valley... (iPad 2 tu untuk opis ye.. bkn utk aku..) Sampai cheras bt 9 dh berderet kereta..bersusun.. perghh!! moto nk mencelah pun x lepas.. nasib kepakaran en suami mencelah telah membuahkan hasil untuk kami ke barisan hadapan.. Lorong motosikal di buka untuk satu laluan dan kereta dua laluan. En. Polis : Apa benda dalam beg ni?? (merujuk beg berwarna oren di hadapan motosikal) Aku dan en suami: Baju Hujan!!  En. Polis: jalan2!!..dengan muke belagak.. Menyampah ok!!... Kami meneruskan perjalanan. Tapi Jalan Cheras - Jalan Loke Yew ditutup. Kami terpaksa turun ke roundabout Jalan Tun Razak dan dihalankan ke susur arah Petaling Jaya / Shah Alam. Terus ambil Lebuhraya Persekutuan dan kami kehilangan arah untuk ke Mid Valley.. (sebenarnya aku salah tunjuk jalan.. hahahaha..ni semua roadblock punye pasal.. hampeh..) En. suami dengan muke ketat terus ambil naik ke Jalan Kerinchi dan potong ke Jalan...

Pagi Jumaat yg sebu..

Ingat hari ni nak sambung puasa, tapi aku terpaksa batalkan sebab perut memulas-mulas. Mungkin seharian berpuasa semalam dan hanya berbuka air teh, perut masuk angin. Khamis malam Jumaat en bos adakan majlis bacaan yaassin dan tahlil di surau kami. Lepas Maghrib terus solat hajat, bacaan yaasin dan solat Isya' kemudian baru aku dapat jamah makanan.  Bangun pagi perut buat hal. Sejam lebih aku bertapa dalam bilik termenung. Sakit tak usah cakap, menangis-nangis aku kesyahduan.. En suami sempat sapu ubat kat perut dan buat urutan kasih sayang. Lepas tu bersiap-siap nak ke opis.  Dalam perut tgh sebu, aku dapat panggilan daripada kakak sepupu, Nurulazra (sebelah mak) daripada UKM khabarkan abg sepupu aku, Zailan Ahmad (sebelah abah) eksiden (kereta bertembung kereta) di ILKAB ukm. Makin cramp perut aku. Ya Allah, pagi ini hatiku betul-betul tak tenteram. Lemah segala urat-urat saraf aku. Aku terus buat panggilan ke rumah bgtahu abah dan mak suruh sampaikan ke mak andak (mak ab...

Cuci Gigi

karang pada gigi Karang gigi (kalkulus) adalah plak yang telah mengalami pengerasan, kalsifikasi atau remineralisasi. Permukaannya yang keras tidak dapat dibersihkan dengan berus gigi sahaja. Karang gigi yang tidakdapat dilihat  biasanya tumbuh dibawah gusi, yang mengakibatkan gusi terinfeksi, mudah berdarah, bengkak dan jika kerosakkannya menghakis tulang sekitar gigi, ianya akan mengakibatkan periodontitis . Kerosakan pada  tulang penyokong gigi inilah yang menyebabkan gigi mudah goyang dan perlu dicabut. From Wikipedia:   Periodontitis is a set of inflammatory diseases affecting the periodontium, i.e., the tissues that surround and support the teeth. Periodontitis involves progressive loss of the alveolar bone around the teeth, and if left untreated, can lead to the loosening and subsequent loss of teeth. Periodontitis is caused by microorganisms that adhere to and grow on the tooth's surfaces, along with an overly aggressive immune response against these mi...