Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

Umur Saya Dua Bulan

Alhamdulillah. Umur anak mama dah masuk 2 bulan. Membesar dengan sihat dan semakin manja. Ngade-ngade je kalau dengan papa dia.. Geram mama.. Hehehe.. Besok pagi ada check up umur 2 bulan untuk Putri sekali dengan injection. Bab yang ni aku lemah. Risau Putri sakit dan meraung kesakitan. Tak kira, aku nak suruh en suami masuk juga pegangkan Putri. Tak pasal-pasal aku ikut Putri menangis. Haru nanti.. Lepas tu nak service kereta. Khamis dan Jumaat aku ambil cuti sebab nak ke Johor. Bawa mak dan abah untuk memenuhi jemputan kahwin saudara dari Johor. Hurmm..dah 3 tahun tak menjengah ke sana. Semoga perjalanan kami sentiasa dalam lindunganNya... Amin... *Dah lama tak manjakan cik PP.. Besok hantar ke bengkel nak kasi massage sama cik PP.. Hihihi...*

Hadiah Dari Papa

test dulu kat Anakku Kajang.. Putri layan tido plk.. hihihi.. mama bawak jalan-jalan depan rumah nek Som & tok Din Disebabkan mama kene drive sorang, jadi papa decide belikan baby carrier untuk Putri manja papa.. Cantikkan.. ^__^ "Papa sanggup buat dan sediakan apa saja untuk anak kesayangan papa."

Lagi dan lagi..

Jumaat datang lagi. Senyum =) Mlm nanti nak balik Sentul.. mama drive berdua dengan Putri saja.. Papa nek moto.. Lepas tu ikut papa jalan-jalan ke Putrajaya.. yeay!!  *nak rasmikan baby carrier yang baru..hihihi..*

PINK

We love PINK !! Thanks to aunty nasha & aunty chacha... hehehe... tak sabar Putri nak melaram baju baru... ~mama die eksaited lebih..hehehe..~ *banyak baju dah sendat.. nampak pushat... Putri semakin membsar dengan sehat* 

Teacher!!

Tarikh 16 Mei pasti ditunggu-tunggu setiap guru-guru di seluruh Malaysia kerana inilah hari yang sangat memggembirakan...Hari keraian bagi mereka.. segala penat lelah mereka yang bergelar seorang guru dihargai dan disanjungi oleh semua umat manusia.. Guru/cikgu adalah pendidik yang memegang amanah untuk mendidik anak-anak kita sedari mengenal nombor dan huruf hingga menjadi anak yang berjaya seterusnya menjadi insan berguna..InsyaAllah... Teringat tahun 2006, aku mencari pekerjaan dan akhirnya ditawarkan pekerjaan sebagai guru tadika. Sungguh, aku amat gembira kerana aku memang sukakan anak kecil. Suka dengan kecomelan dan kemanjaan mereka. Setiap hari melayan kerenah mereka buat aku terhibur. Kasih sayang seorang anak kecil sangat suci. Setiap pagi kedengaran salam hormat dari mereka "Assalamualaikum Teacher Laily.." sambil memelukku erat.  Apabila ditanya bab kasih sayang sesama manusia pasti namaku tidak tertinggal. "sayang teacher juga.." ...

Atok & Nenek

Yeay!! Arini nak balik Sentul. Putri nak jumpa atok Din dan nenek Som. Lama tak balik sana sejak berpantang di kajang. Malam tadi dah pack sikit baju en suami dan baju aku. Pagi tadi pack untuk Putri pulak. Hohohho.. nak pack baju Putri memang kene teliti. Baju, mitten/booties, towel, napkin, pampers, toiletries.. sume yg ade ber pair ni kene susun elok-elok.. karang ada je yang tertinggal.. hihihi... Putri tengah bobok, so mama dia boleh la nak berkemas.. kalau tak nk ngopek aje kejenye.. K lah, nak siap-siap.. nanti en suami balik keje boleh terus load brg dalam kereta.. Jumpa Isnin nanti.. *malam ni nak ikut en suami melepak..hurmm.. lama tak melepak since sarat preggy..* 

Mama..

saat Putri selepas dilahirkan Masih teringat-ingat waktu sakit nak bersalin. Biar pun apa pun keadaan waktu itu, aku betul-betul teruja nak menatap wajah baby dlm kandunganku. Saat baby itu lahir ke dunia, perasaan aku sukar untuk digambarkan. Betapa aku ibu yang bertuah dalam dunia ini. Aku berjaya menempuh saat-saat getir seorang ibu melahirkan zuriat yang dikandung selama 9 bulan.Tidak semua mampu merasai nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. Pertama kali mendakap baby yang baru aku lahirkan tanpa dipinta air mata merembes keluar. Betapa aku bersyukur. Aku adalah seorang ibu kini. Pelengkap kehidupan aku bersama en suami. Cahaya cinta kami berdua. Wajah polos anakku ku tatap. Allah maha berkuasa, tatkala aku melihat wajahnya terbit rasa sayang dan cintaku pada anakku. Betapa aku terlalu menyayanginya dan sungguh aku benar-benar jatuh sayang padanya. Kisah ibu yang mendera anaknya yang hangat diperkatakan di media cetak, elektronik dan sebagainya membuatkan hat...

Jalan-jalan Hari Minggu

Semalam bertempat di Speedtrack Highway USJ telah diadakan Selangor Motor Race anjuran Kerajaan Negeri Selangor. Cuti hari minggu, en suami nak tengok perlumbaan motor di track, tak masuk pun, sebab motor dah tak ada dan bila ada motor sponsor, lesen lumba dia pulak dah mati. Lupa nak hidupkan. (Kes dah lama tak layan meleper di track..) Jadi kami datang sekadar bagi sokongan kepada event yang dijalankan. Ramai juga anak-anak muda yang hadir. Teruja tengok perlumbaan moto depan mata. Walaupun event tersebut tak segah event yang dibuat di track Sepang (contoh), sekurang-kurangnya penganjur telah memberi peluang kepada pelumba-pelumba menunjukkan bakat mereka di jalan yang benar (dalam track..) dengan kadar bayaran yang mampu disertai.. Demi tak nak kena tinggal kat rumah, aku bangun pagi-pagi mandikan Putri dan bersiap-siap nak ikut en suami. Malam sebelum tu aku dah bagitahu siap-siap kat en suami, aku dan Putri nak ikut esok. Tak mau dok rumah.. hehehe... Macam biasa, masuk...

New Headband

Ni kes pantang tengok anak orang comel, nak juga kasi anak kita comel kan.. Mak aku sibuk cerita cucu jiran taman aku tu comel pakai headband masa kenduri aqiqah dia. Dengan pantas aku menggoogle mana nak beli headband online memandangkan aku tak boleh nak pergi shopping kan. Nak harap en suami, karang dibelinya getah sayur kat pasar. Naya je.. Hehehe... Sekali jumpe blog ni ohbabygirlboutique . Buat aku teruja dan tanpa berlengah terus mengorder dengan pantas. Huhuhu... Tadi parcel sampai, dengan rakus aku terus bukak bungkusan. Tada!!! Comelkan!! En suami pun sukakannya.. Dia yang tukang pilih warna. Kalau aku, aku order abeh semua pink nanti.. hehehe... *tak sabar nk tunggu majlis aqiqah putri nanti...tengah survey-survey apa yang patut..*

Cuti bersalin

Tinggal sepuluh hari saja lagi untuk aku menikmati baki cuti bersalin . Lepas ni naik keje dah. Ahh!! Pasti rutin harian aku akan berubah. 8.00 pagi    - Putri bersiram 9.00 pagi    - Putri santap pagi (menyusu laa..) 10.00 pagi  - Putri beradu / Main-main aje sampai boring lepas tu buat konsert di raja                       (menangis nk susu la..) (Aku join tido skali..hee) 12.00tghari - Putri santap tghari 1.00 ptg      - Putri beradu 5.00 ptg      - Putri bersiram 6.00 ptg      - Putri santap ptg 8.00 mlm    - Putri beradu 10.00 mlm  - Putri santap mlm 11.00 mlm  - Putri beradu 4.00 pagi     - Putri santap awal pagi 6.00 pagi     - Putri beradu *ulang balik sampai lebam...