Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

idaman hati

Sekian lama aku dambakan akhirnya berada dalam dakapan..  Chewah!! Ayat tak nak mengalahkan.. Hahaha...  Rezeki hari Ahad agaknye. Hehehe.. Sedari awal aku dan encik suami dah terpacak kat OU Damansara. Semata nak cari kasut NB dia tula. Akhirnya dgn skali cari dah jumpa Butik NB tu. Boleh nampak cahaya kegembiraan di mata en suami. Pulak tu memang ada saiz die. Lagi laa rasa mcm nak melompat kan.. Hehehe.. Bila encik suami toleh aku anggukkan kepala tanda setuju dia beli kasut idaman dia. Terus ke kaunter buat bayaran dan dengan senang hati kami kaluar dari Butik NB tu dengan senyum lebar.  Lepas tu jalan-jalan nak cari Butik Ibu Hamil. Nampak V-Mum dan terus cari maternity bra. Alhamdulillah jumpa jugak. Walaupun harga dia agak mahal, encik suami suruh beli jugak. Takut tak dapat cari kat tempat lain/tak sempat nak cari dengan keadaan aku yang dh sarat memboyot ni. Sambar sehelai kami terus jalan lagi.  Sampai ke Butik ROMP. Encik suami nak cari seluar jeans u...

Check up 31 Minggu

Pagi ni lewat ke klinik untuk check up sebab en suami balik lmbt. Kene OT. Sampai nak dekat pukul 8.00pg. Jadi nombor pun x berapa nak cepat la kan. Huuu..sadis! sadis! Tak banyak kerusi kosong. Jadi en suami terpaksa melepak kat luar sebab kat dalam dah penuh.  Tik..tok..tik..tok.. pukul 9.30 nama aku belum naik lagi. Hadoii..letih kalau mcm ni.. (nyesal datang lambat.. huuu...) Jam 10.00pg akhirnya nama aku dipanggil. Ambil tekanan darah - normal. Berat-mcm biase semakin naik. Lepas tu test urine dan tunggu untuk diperiksa oleh nurse. Tunggu lagi.. 10.30pg nama dipanggil dan aku diperiksa oleh nurse. Ambil ukuran perut &detak jantung baby.  Bila nurse tanya, "semua kelengkapan dan persiapan baby dah siap??"  Aku terus jawab "Dah!!" Teruja ok.. hehehe..  "Nanti kalau dah bersalin jgn lupa bgtahu pihak klinik", nurse tu pesan. Aku anggukkan kepala aje. Hushh!! Rasa macam dah dekat nak bersalin aje bila nurse pesan macam tu. Hehehe... Siap semua nurs...

Kahwin|Ajim|Jue

Ahad lepas selesai sudah majlis menyambut menantu di rumah maklong aku di Semenyih. Meriah ok!! Selesai sudah kenduri  untuk bulan Januari 2012. tukang sibuk.. maklong & paklong dgn pengantin Lemans' Family

Shopping

Semalam hari Selasa (cuti Am - CNY) en suami ajak jalan-jalan ke Bukit Bintang. Huhuhu.. dengan terujanya aku bersiap dan pukul 11 pagi dah terpacak di Berjaya Times Square. Terus ke Sg Wang dan BB Plaza. Ape lagi nak cari kasut NB dia yang terbaru. Skali tak ada size. Kecewa btl en suami. Last-last dia tanya ada apa-apa nak beli tak. Aku terus senyum. Yeay!! Shopping!! Masuk Watson-shopping. Masuk kedai baju - shopping. Masuk FOS-shopping. Hahahah..heaven btl. Sementara masih boleh berfoye2 kan... hahaha... Karang dah masuk episod berpantang, pitam aku... Huhuhu... Persiapan untuk baby dan aku, en suami dah sediakan. Jadi hanya tunggu hari sajalah. Hari-hari aku belek barang baby. Cium-cium kot-kot ada bau baby kan... heheh.. (Napkin, towel, baju, selimut semua mak dah tolong basuhkan.. terima kasih mak) *Isnin & Selasa KL lengang..kereta boleh dikira dengan sempoa.. huhuhu..kan seronok kalo hari-hari mcm ni..*

31 minggu

Ok..dah lame tak update perkembangan perut boyot aku ni. Hehehehe.. Khas untuk tatapan en suami yang rajin bukak blog isteri dia yang cumel.. Wahahaha... Alhamdulillah..kandungan aku sudah berusia 31 minggu.. lagi 8 minggu 3 hari saja lagi untuk aku bertarung di medan wad bersalin. Perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Teruja, gembira,sayu,sebak,takut semua ada dalam hati dan jiwa aku. Betapa aku terasa ingin benar memeluk dan mendakap bayi di dalam rahim aku ni. (hari-hari die dok bergusti sorang-sorang dlm perut mama dia.. hehehe..) En suami pulak hari-hari usap perut cakap papa tak sabar nk jumpa baby..dan baby akan gerak-gerak tanda bagi respon dekat papa dia...ohh..ini semua buat aku tersentuh... (taching..taching..) pic fr babycenter *minggu depan nak berholiday di PD.. yah0oo..*

Jumaat Datang Lagi

Ok macam biasa hari Jumaat adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua umat manusia.. *Kecuali yg kene working on saturday..i'm feel so sorry..*  Malam ni nak berkampung di rumah maklong. Nak siapkan door gift utk tetamu kenduri menyambut menantu Ahad  nanti. Besok (Sabtu) nak masak-masak untuk makan tengahari pulak. Tapi tak tahu dapat join ke tak sebab nak balik Sentul. En suami nak siapkan moto dia. Lagipun aku belum shopping kasut lagi. Kasut yang ada dah tak tertampung berat badan aku yang semakin membesar dengan jayanya.. hehehe...  Sempena cuti Raya Cina, sure KL akan jam teruk. Ohh..harap-harap aku dapat bershopping dengan aman.. Huhuhu...  *nak makan cheesy ball KFC tu laa..*

Novel Lama

Semalam korek balik novel-novel dalam kotak yang tersimpan aku ade jumpa satu novel " Suara Hati". Ok bertahun-tahun bace buku ni tetap laa air mata aku ni nk meleleh.. Menangis teresak-esak. Sedih..betul-betul menusuk kalbu jalan cerita dia. En suami balik kerja tengok mata aku bengkak-bengkak. Dia terus bantai gelak. Cess!! Keluaran tahun 2002 *betapa aku menyayangi suamiku dunia akhirat...tanpanya duniaku sunyi sepi...*

My New Stuff

Yeay!! Blk lunch tgk parcel yang ditunggu-tunggu sudah sampai.. Terus koyakkn bungkusan dan try my new long wallet.. Hehehe.. Thanks Cik As from tote-boutique   *comel kan...nk tunggu cik as bukak order utk tote bag pulak.. nk buat beg baby..*

Shopping lagi..

Memandangkan my purse dah rabak (Purse ROXY waktu hantaran bertunang), aku pun ingat nak beli baru. Kali ni nak beli online plak. Saja la nak tukar taste kan.. Last aku berkenan dengan satu online blogshop. Best... Order aku  Long Wallet dari tote-boutique yang sangat gojes. Boleh like page ini tote boutiques pic dari http://tote-boutique.blogspot.com pic dari http://tote-boutique.blogspot.com *tak sabar nak merasmikan long wallet yang baru itu.. muahaha....*

Demam Panas

Sabtu pagi en suami msg. Bgtahu dah sampai rumah Sentul. Balik shift malam terus balik sana sebab nk repair moto) Dia cakap dia demam. Tak larat sangat-sangat. Aku dah susah hati. Meleleh air mata. Sensitif betul. Rasa sedih sangat bila suami kita sakit. Aku rasa nak balik Sentul juga pagi tu. En suami pujuk bgtaw dia akan makan ubat dan petang akan balik Kajang balik. Dia suruh aku pergi ikut rombongan menikah abg spupu aku di Sg Kantan petang nanti.  Lepas selesai kenduri aku terus pecut kereta balik ke Semenyih sekejap sebab atok diserang semput. Sepanjang kenduri semua orang risau sebab atok tinggal sorang-sorang kat rumah. Nasib andak dan mak andak balik dulu dan bawak atok ke klinik. Sedut gas. Lepas tu balik rumah aku tengok en suami dah lelap. Aku kejut suruh bangun makan dulu. Tapau saja di kedai. Pukul 2.30 pagi aku terjaga bila dengar nafas en suami kuat berdengus. Bila aku jemah dahinya, ya Allah.. panasnya.. En suami demam panas. Dengan leleh air mata aku basahkan t...

Result MGTT

Pagi tadi dpt panggilan daripada klinik kesihatan.. berdebar-debar aku nak cakap dengan nurse tu. Die tanye bile next check up. Bila aku cakap 26/01/2012  (Khamis), nurse tu kate okla. Jumpa 26/01/2012 je. Sebab nak rekod result MGTT aku. Die cakap normal. Tak ada masalah.  Syukur... alhamdulillah... Lega aku... *hari ni hari ulangtahun abah yang ke-59..kitorang pakat hadiahkan handphone touch screen...canggih tak canggih abah aku ni..hahaha*

Check up Minggu ke 29

Lepas en suami sampai blk dari keje shift malam terus suruh dia siap-siap. Teman aku check up lagi. Macam biasa. Tapi kali ni lambat sampai sebab en suami blk lambat. Huuu... Lepas ambil tekanan darah dan berat, ambil darah dan buat ujian urine terus tunggu nak masuk bilik pemerikasaan jururawat. Nasib tak lama no aku dipanggil dan nurse pun cepat aje buat pemeriksaan. Ambil ukur lilit perut, cek detak jantung baby lepas tu kasi ceramah sikit.. Macam biasa. Hehehe.. tak apa aku ambil nasihat nurse tu sebagai kebaikan untuk aku juga dan baby. Hari tu berat naik banyak sangat. Kali ni kurang darah pulak. Hurmm.. kene cari makanan untuk tambah darah. (Hati, ikan cencaru, ikan sardin, bayam, kerang, etc) Lepas tu nurse tukar ubat dan ade ubat tambahan lain. Uhh..banyaknye nak kene makan ubat..  *nak tunggu result minum air gula aritu rasa macam nak tunggu dpt result SPM aje..*

Wedding lagi

Ahad lepas (semalam) kami sekeluarga berkampung di Hotel Equatorial Bangi sempena majlis persandingan abg sepupu aku. Meriah dan part paling best aku dapat makan macam-macam. Hehehe.. tak sedar diri betul mak buyung ni.. (en suami perli..) Semua dah ada tugasan masing-masing. Tugasan aku senang saja. Duduk dan welcome tetamu yang hadir dan serahkan guest book utk diorang sign. Wish pada pengantin atau sekadar mengisi kehadiran mereka. Arahan daripada keluarga pengantin. Hehehe.. Senang kan kerja aku. Bila lenguh sebab duduk aje, aku jalan-jalan la kejap cari makanan dan lepak-lepak dengan saudara mara. Tepat jam 4.00 petang kami siap-siap berkemas dan berangkat pulang. Penat dan gembira kerana terima ahli keluarga baru dan untuk abg sepupu aku,  Noreman Ariff serta isteri Noraini Moktar  "Selamat Pengantin Baru dan semoga berbahagia selalu" Guest Book sementara tunggu tetamu datang, gosip-gosip dulu.. xde keje btl pengantin lama ni.. hahahaha... family besar s...

Temujanji Hari Khamis

Jam 2.00 petang aku ade appointment dgn doc di Klinik Kesihatan. Doc nak scan perut, nak tahu kedudukan baby dlm perut ni. Hope semuanya OK..  Tiba-tiba rasa gemuruh.. macam x best aje hari ni.. *adik dok baik-baik ye dalam perut mama..*

Dalam Fikiran..

Minggu pertama untuk tahun baru 2012. Mood bekerja memang ada, tapi tak seberapa nak ada sebab badan tak berapa nak sihat sangat. Sudah berapa malam tak dapat nak tido lena. Penangan baby dok menyiku dan menendang.. Sabar sajalah.. anak mama punya pasal.. Dalam fikiran aku sekarang ni cuma ada ..... Persiapan untuk menyambut kelahiran orang baru dalam hidup aku dan en suami sudah kami sediakan. En suami betul-betul teruja dan tak sabar untuk bertemu dengan buah hati dia dalam perut aku ni.. Sekarang aku dah mula nak siapkan diri dari segi persiapan mental dan fizikal dalam menghitung hari untuk melahirkan baby dalam perut ni. Jadi aku ada buat semakan rambang tentang pengalaman bersalin ibu-ibu hamil di google. Rata-rata ada pengalaman yang bagus dan ada juga pengalaman tak berapa nak bagus laa kan. Ikut bahagian masing-masing. Ada bernasib baik.. ada yang kurang bernasib baik.. Seram sejuk rasanya... (pesan mak, mak mentua dan makngah (makcik en suami) banyakkan istighfar..bany...